Namun sebenarnya cincin berlian boleh dipakai oleh sesiapa saja, tidak mengira status seseorang. Bila ongkosnya cukup, belilah impian anda tu. ✌️😍

Cincin Berlian Asli Sebagai Hadiah Hargai Diri Sendiri
Beli berlian terutamanya cincin adalah impian satu kali seumur hidup seorang wanita.
Citi-Ciri Berlian Yang Ramai Nak Tahu
2. Kilauan (Brilliance dan Fire): Berlian asli memantulkan cahaya putih dengan cemerlang (brilliance) dan menyebarkan cahaya menjadi warna pelangi (fire) secara seimbang. Tiruan seperti Cubic Zirconia (CZ) selalunya terlalu berwarna-warni.
3. Pantulan Cahaya Kelabu: Apabila dilihat dari bawah, berlian asli biasanya memaparkan campuran pantulan kelabu dan putih, bukan warna pelangi yang terang.
4. Inklusi (Ketidaksempurnaan): Berlian asli terbentuk secara semula jadi, jadi ia sering mempunyai sedikit kecacatan dalaman (inklusi) atau cacat cela luaran yang hanya boleh dilihat dengan kanta pembesar (loupe). Berlian tanpa sebarang cacat langsung adalah sangat jarang dan mahal.
5. Ujian Embun (Fog Test): Jika anda menghembus nafas pada berlian asli, embun akan hilang serta-merta. Berlian palsu akan kekal berembun untuk beberapa saat kerana haba tidak tersebar dengan cepat.
6. Konduktiviti Haba Tinggi: Berlian mengalirkan haba dengan sangat baik. Ini membolehkan ia dikesan menggunakan alat diamond tester yang mengukur kadar pemindahan haba.
Cincin Berlian Yang Mana Sesuai Untuk Kita?
1. Untuk anak muda - Anak muda juga memakai diamond rings. Mungkin pemberian dari ibu bapa, suami atau sahabat baik. Jadi, apa ciri berlian yang sesuai? Cincin berlian melambangkan cinta yang abadi dan ketulusan hati, jadi cincin yang minima dengan nilai karat yang lebih rendah adalah tepat untuk anak muda. Selain itu, berlian juga mencerminkan harapan untuk masa depan yang bersinar, penuh potensi, dan kebahagiaan. Hadiahkan berlian akan menjadi simbol yang kuat dari ikatan emosional yang tak tergantikan mengikut zaman.
2. Untuk orang dewasa - berlian asli yang sesuai untuk orang dewasa ada banyak, Dan biasanya saiz agak besar dan harganya pun mahal. Jumlah karat berlian pun lagi bertambah, mungkin sehingga 3 - 4 karat nilainya/ mutunya.
![]() |
| Diamond 6 layer |
Kerana saya seorang peminat emas dan berlian, saya juga sudah 3 kali beli berlian, kesemuanya berlian asli. Untuk cincin berlian di atas, saya beli tak gunakan duit pun.. macam mana tu? Saya cuma trade in (tukar) koleksi emas 916 saya untuk berlian asli tersebut. Cincin berlian itu adalah cincin idaman saya. Nak tunggu @ sambar.. fikir sejenak, maka saya ambil ia (beli) sebelum kehilangan peluang itu. Lain kali belum tentu ada jenis cincin berlian yang begitu lagi. JANJI! Ini last, okay... hehe
Cincin Berlian tidak boleh diikat dengan emas 999 dan emas 916. Kerana mutu emasnya yang terlalu lembut. Kebiasaan cincin berlian akan diikat dengan mutu emas 750, 585 dan 375, yang keras sedikit dan telah dicampur dengan logam lain.
Satu yang kita kena ingat - beli berlian adalah untuk pelaburan jangka panjang. Ia bukan boleh dijual sesuka hati di kedai emas kerana peminatnya amat terhad. Kebiasaan orang yang beli berlian ni bukan untuk dijual beli, biasanya mereka memakai seumur hidup, dan diwariskan kepada ahli keluarga terdekat.
Kerana dirimu begitu berharga, seumpama berlian yang sukar dibentuk dan ditemui. Jagalah dirimu seperti berlian. ❤️😍


Cincin kahwin ibu ada batu berlian, dan sekarang Cuya yg pakai cincin tu. Tapi bila pakai cincin risau pulak org fikir kita dah kahwin... Hahaah
ReplyDeleteJadi pakai bila gi wedding sahaja. Waktu lain tgn kosong
Haha.. itu tanda ya dah sampai seru
DeleteCantiknya cincin berlian tu.
ReplyDeleteTerima kasih Cie
Delete