Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup

Aynora
By -
5
Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup. Hehe.. siapa macam saya? Kalau suka sesuatu makanan jika itu adalah makanan faveret, nak beli banyak-banyak biar makan sampai puas. Itulah saya. Tapi bila fikir balik, boleh habis ke? Sebab ada certain makanan bila disimpan lama dah tak best, tak fresh. Maka, kita ambil berpada-pada je. Lagipun saya sorang je yang makan. Anak bujang pula suka cheese tart. Kita beli ikut faveret masing-masing.. 

Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup


Egg tart ni memang makan satu tak cukup, tapi bila makan berlebihan dia rasa muak pulak. Sebab dia guna telur, kan. Begitulah manusia namanya, mana ada yang sempurna, sentiasa tak cukup...😅😅

Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup

Saya beli 2 ketul egg tart bersama dengan brule. Sedap sangat rasa egg tart tu, secukup rasanya kat tekak ni. Makan pun tak boleh share, sebab bila ditanya nak beli ke tak nak, En suami kata tak minat. Kenapa eh lelaki tak suka egg tart @ cheese tart. Tapi kalau kuih tart cookies tu dia makan je...

Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup

Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup

Yang cheese tart tu anak bujang punya. Tak macam ayahnya, dia jenis suka je makan cheese tart. Dia ambil 1 set je, last time ada box yang besar, dia akan pilih paling besar. Ada perisa epal dan strawberry. Memang faveret dia ni!

Egg Tart Kegemaran, Makan Satu Tak Cukup

Kalau dah beli, kena habiskan. Jangan simpan lama-lama dalam freeze, sebab nanti rasa dia dah lain sikit. Tapi sebenarnya okay je kalau suka makan sejuk-sejuk.

Korang suka makan egg tart atau cheese tart? Semoga korang pun dapat makan kedua-duanya dengan pilihan yang korang suka. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

5 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. lama tk mkn..fav...dlu2 time PKP pernh buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla pandai buat sendiri, bila teringin bole buat banyak2 & makan sepuasnya

      Delete
  2. Tak berebut dgn PH, sebab PH suka sangatttt cheese tart :D

    ReplyDelete
  3. Ni memang favv !! Tak cukup satu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!