Mohonlah untuk menjadi ahli syurga sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga akan berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga." MashaAllah, tabarakallah..

Ya Allah, Binakan Aku Istana Di Dalam SyurgaMu
Sebelum itu mintalah untuk Allah terima kita masuk ke syurgaNya. Dan, sesudah itu, mohonlah istana di dalam syurga.
Bagaimana caranya?
Keistimewaan dan ganjaran amalan ini bersandarkan hadis berikut:
1. Istana di Syurga: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca sepuluh kali surah Al-Ikhlas, maka Allah akan membangunkannya sebuah istana di dalam syurga." (HR Ahmad).
2. Perlindungan daripada Syaitan: Terdapat juga riwayat yang menyebutkan fadhilat membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali selepas solat Subuh, di mana ia dapat memelihara diri daripada diperdaya oleh syaitan.
Semoga kita tidak terlepas atau terlupa dari meminta kepada Allah, untuk diterima menjadi ahli syurga, walau jalannya tentu tidak mudah dan penuh liku.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Terimakasih sharing nya kak ❤️❤️. Saya belum rutin lagi mengamalkan surah Al ikhlas ini setiap hari ... Nanti nak mulai lah , pelan2 membaca Al ikhlas setiap hari 10x.
ReplyDeleteInsyaAllah kita semua akan memasuki syurga juga akhirnya...
ReplyDeleteImpian setiap orang untuk masuk syurga.
ReplyDeleteMashaAllah, tabarakallah.. Terima kasih Aynora atas perkongsian tazkirah yang sangat mendalam dan menjentik hati ni. Kadang-kadang kita terlepas pandang amalan yang ringkas macam membaca Surah Al-Ikhlas 10 kali ni, padahal ganjaran dia Allah nak binakan sebuah istana kat syurga nanti. Semoga kita semua terus istiqamah mengamalkannya. Amin YRA
ReplyDeleteSemoga pahala Aynora terus mengalir dengan sharing ilmiah begini. Keep posting!
ReplyDelete