Betik Dari Kampung Hanya Masak Lepas Seminggu

Aynora
By -
4
Betik Dari Kampung Hanya Masak Lepas Seminggu. Haha.. tak tau pulak saya yang betik rupanya memakan masa yang lama jugak untuk masak dan boleh di makan. Kelakar pun ada, sebab bawak balik  rumah pada sabtu lepas masa raya haji, hanya boleh di makan pada hari ahad semalam. My bonda asyik tengok dan pegang bilalah boleh dimakan betik ni, katanya. Saiz betik agak besar, tu yang memakan masa untuk masak betul kut..

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu


Yang pelik, warna betik agak pudar dan bukan kuning oren. Biasanya beli kat kedai warna betik kuning oren gitu.. tetapi.. rasanya tersangatlah manis!! Hati-hati bagi penghidap kencing manis kerana ia tidak bagus untuk kesihatan anda!

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu

Nampak tak biji betik yang banyak dan hitam comel je.. macam telur katak (berudu) 😂😂😂 hajat hati nak tabur dalam pasu buat benih. Datang anak bujang dia buang sampah dengan buang sekali sampah kulit betik dan biii-biji sekali. Tak dapat eden nak jadi petani buah betik..

Betik Dari Kampung Baru Masak Lepas Seminggu

Buah betik ni secara umumnya banyak manfaat untuk kesihatan tumbuh badan. Antara khasist buat betik adalah,:-

1. Baik untuk kesihatan jantung
2. Membantu pencernaan.
3. Melindungi kulit yang rosak
4. Bertindak sebagai anti kanser
5. Kaya dengan vitamin C & A

Sebenarnya ada banyak lagi khasiat buah betik untuk kesihatan tubuh kita. Namun begitu, makanan apa pun jangan lah diambil berlebihan kerana betik juga mengandungi gula yang tinggi. 

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Hari tu Abah SA ada beli sebiji betik besar kat Pasar Tani...betik tu blom masak betul..lama jugak tunggu seminggu baru boleh makan..x pasti kenapa lama sangat dia ambil masa nak betul- betul masak..tapi warna dia pekat oren...lepas tu bijinya sempat la SA lempar ke tanah sekangkang kera tu...ada sebatang pokok betik berbuah lebat depan rumah...x nampak lagi buahnya masak atau mencelah nak masak...

    ReplyDelete
  2. Suka makan betik. Nak² yg sejuk baru dikeluarkan dari peti ais.

    ReplyDelete
  3. Mak ada tanam juga buah betik ni tapi sebab panas sangat so tak menjadi lah buahnya. Melepas nak tanam betik haa lepas ni kalau makan simpan siap-siap biji dia supaya tercapai impian nak tanam pokok betik tu hehe

    ReplyDelete
  4. Dulu suka masa kecik suka makan betik dengan kicap. Tak ingat sejak bila dah tak makan betik sampai sekarang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!