Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026. Kepada peminat bolasepak, korang mesti nak tahu apa cerita dan corat Coret di sebalik meriahnya World Cup yang dianjurkan buat kali ke 23 ini! World cup mula dianjurkan pada tahun 1930.. lama tu!

Semua kompilasi yang direkodkan dalam postingan ini adalah dari sumber website, carian Google, dari FB rasmi Harimau Malaya dan lain-lain lagi.

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026


1. SEJARAH TERCIPTA: LIONEL MESSI KINI PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN PIALA DUNIA DENGAN 16 GOL! - setakat 20 Jun 2026

Messi pintas Ronaldo, Müller dan Mbappé dalam masa satu malam sahaja selepas meledak HAT-TRIK dan menyamai REKOD M.Klose! THE REAL GOAT 🐐 

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026

2. History for Cristiano Ronaldo!🇵🇹


Cristiano Ronaldo terus mengukir sejarah apabila menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang berjaya menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia yang berbeza. 

🇩🇪 2006
🇿🇦 2010
🇧🇷 2014
🇷🇺 2018
🇶🇦 2022
🇺🇸 2026 

Dari Jerman hingga Amerika Syarikat, legenda ini terus membuktikan bahawa umur hanyalah angka. Satu rekod yang mungkin sukar dipecahkan untuk generasi akan datang. 👑🔥

Cristiano Ronaldo, the king of longevity. 🐐🇵🇹

3. REKOD GILA BELANDA DI PIALA DUNIA! 🇳🇱🤯

Sejak tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Belanda masih belum tewas dalam masa sebenar 90 minit di pentas Piala Dunia! 😳

Kini mereka mencatat 14 perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan, sekali gus melakar rekod baharu dalam sejarah kejohanan. 👏🔥

Perjalanan Belanda sejak 2010:

🇿🇦 2010 – Naib juara, tewas kepada Sepanyol di final.
🇧🇷 2014 – Tersingkir di separuh akhir menerusi penentuan penalti menentang Argentina.
🇷🇺 2018 – Gagal melayakkan diri. ❌
🇶🇦 2022 – Tersingkir di suku akhir menerusi penentuan penalti menentang Argentina.
🇺🇸🇲🇽🇨🇦 2026 – Masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat peringkat kumpulan. ⏳

Belanda terus membuktikan mereka antara kuasa besar bola sepak dunia. Persoalannya, mampukah Oranje menamatkan penantian panjang dan menjulang trofi Piala Dunia kali ini?

4. BAYANGKAN… kalau Portugal jadi juara Piala Dunia 2026, setiap pemain dikatakan bakal menerima sebuah Rolls-Royce Phantom baharu daripada Cristiano Ronaldo!

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026

Menurut laporan, Cristiano Ronaldo berjanji akan menghadiahkan sebuah Rolls-Royce Phantom kepada setiap rakan sepasukan Portugal sekiranya mereka berjaya menjulang trofi Piala Dunia 2026.

Nilai sebuah Rolls-Royce Phantom dianggarkan sekitar AS$580,000, bersamaan kira-kira RM2.46 juta sebuah (bergantung kepada kadar tukaran semasa). Kalau skuad Portugal mempunyai 26 pemain, jumlah keseluruhan hadiah itu boleh mencecah sekitar RM64 juta!

Kalau betul berita ni, pada korang… adakah ini motivasi paling mahal dalam sejarah bola sepak, atau Ronaldo memang sekadar menghargai pengorbanan rakan sepasukannya?

5. Messi tak relaks!😅


Sehingga 28/6/2026 - Messi telah pun meledak 6 gol dalam 3 penampilan di pentas Piala Dunia 2026 bersama Argentina.

Lagi menarik, 1 daripada 3 aksi tersebut beliau bermula dari bangku simpanan dan pantas memberikan impak penting di atas padang.

Tak menyusahkan pasukan dan menjadi pembimbing terbaik buat rakan sepasukan lain.

6. Brazil menang dramatik ke atas Jepun 


Brazil bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi perlawanan kalah mati Piala Dunia 2026 buat kali pertama sejak menewaskan England 2-1 pada suku akhir edisi 2002, selepas Gabriel Martinelli meledak gol kemenangan pada minit ke-95 bagi menewaskan Jepun yang memberikan tentangan sengit. Brazil menang 2-1 mengatasi Jepun dalam pusingan kalah mati ini.

7. Maghribi menyertai perlawanan kalah mati piala Dunia 2026 setelah tewaskan Netherlands dengan 3-1

Ketangkasan penjaga gol Maghribi serta ketenangan barisan pemainnya memastikan kemenangan 3-2 memihak kepada Maghribi menerusi sepakan penalti untuk meneruskan kempen di peringkat kalah mati.

Sebelum itu, perlawanan terikat 1-1 sepanjang 90 minit dan masa tambahan. Cody Gakpo memecah kebuntuan untuk Belanda pada minit ke-72. Pemain gantian Issa Diop menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-91.

7. Top Scorer Piala Dunia 2026


Setakat 2/7/2026, berikut adalah penjaring terbanyak pada Piala Dunia Edisi 2026.

* Messi – 6 gol
* Mbappé – 6 gol
* Haaland – 5 gol
* Dembélé – 4 gol
* Vinícius Jr. – 4 gol

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026

Persaingan untuk merebut Golden Boot semakin sengit! Siapa yang mampu kekalkan rentak hingga ke final!

Apa pun, perlumbaan masih jauh dan apa saja boleh berlaku! 

8. Dua dekad, satu legasi!


Skuad 2006: CR7 pemain paling muda.
Skuad 2026: CR7 pemain paling tua.

Big Respect 🫡

Cristiano Ronaldo, the king of longevity. 

9. Mesir mencipta sejarah baharu wold cup 2026 mara ke pusingan 16 terbaik!!


Mesir cipta SEJARAH apabila mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit. Barisan kejurulatihan Mesir wajar diberi pujian tatkala menggunakan video melibatkan aksi Real Madrid sebagai rujukan bagi memahami pergerakan Mat Ryan menjelang penentuan sepakan penalti itu.

10. RASMI: Neymar mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa.


Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026

“Saya sudah mencuba. Saya benar-benar sudah mencuba. Semuanya bermula di Stadium MetLife, dan ia juga berakhir di sini. Kini, segalanya sudah tamat.” – Neymar.

Sepanjang menyarung jersi Brazil, Neymar merekodkan:
  • 130 penampilan
  • 80 gol
  • 59 bantuan gol

Beliau mengakhiri karier sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, memintas legenda Pelé yang menjaringkan 77 gol. 

Obrigado, Neymar. Legenda selamanya. Neymar Jr.


Seterusnya ... ? - akan update later ,😅

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments