
Kemudian kami bercadang nak pergi sarapan dan membeli barang basah di mini market berdekatan.



Cuci My Black Knight Di Hari Minggu
Ketika kami sampai di carwash, ada 2 biji kereta sedang dicuci. Kami pilih pakej nano wax RM30 je. Sebelum ni kami pergi carwash lain untuk water wax pun dah RM60. Dalam fikiran kata murah pulak..



So, ada 3 orang yang cuci kereta dan proses cleaning agak cepat. Dalam 40 minit gitu. Selesai bayar, kami pun masuk kereta. Hmm.. jeling kat bumbung kereta tadi, memang tak kilat. Bahagian dalam kereta pun tak bersih, lap ala kadar je. Masih ada habuk pada skrin audio. Patutlah murah. Lain kali tak nak dah datang carwash ni lagi. Bukan pasal murah @ mahal, yang penting adalah kualiti servis tu.
Berhati-hati dengan upah carwash yang murah, mungkin ada udang di sebalik mee.. mungkin sabun yang digunakan hanya diletak sedikit sahaja dan kesungguhan membasuh kereta kita pun ala kadar je.. namun ada juga carwash murah tetapi servis tiptop!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.