Dimanakah Tempat Terbaik Untuk Menulis Blog?

Aynora
By -
0
Dimanakah Tempat Terbaik Untuk Menulis Blog?. Menulis blog memerlukan ketenangan, fokus dan idea spontan yang hadir tak mengikut masa. Ada kala, sewaktu dalam kesibukan melampau, ketika itulah idea datang mencurah-mencurah. Tak sempatlah nak catat atau rekod idea tu. Tapi biasanya saya akan ambil phone dan taip draft saja. Conteng apa saja yang ingat walau waktu itu hanya ada idea tunggang langgang. Hehe.. korang sama ke macam saya?

Dimanakah Tempat Terbaik Untuk Menulis Blog?

Dimanakah Tempat Terbaik Untuk Menulis Blog?


Ada beberapa tempat 'port' terbaik untuk menulis blog. Saya akan menulis blog di mana-mana saja tak mengira tempat. Maksudnya, asalkan tempat tersebut selesa dan idea pun datang, maka di situlah saya menulis. Namun, cadangan lokasi atau tempat menulis blog seperti di bawah ini mungkin boleh difikirkan..

1. Dalam kereta - sewaktu menunggu masa nak masuk office, ketika menunggu trafik light berubah hijau, atau ketika memanaskan enjin kereta. 😃😃

2. Dalam bilik - duduk di meja tulis dan menaip di komputer

3. Depan TV - ini pun saya suka. Sambil tengok drama sedih atau cerita korea.. ada je idea yang muncul  

4. Tepi pantai - ada peluang jalan-jalan tepi pantai pun boleh menulis blog asalkan idea menarik boleh di publish di blog

5. Meja makan - siapa yang suka ambil gambar makanan yang dimasak dan terus post di blog? Maka spot terbaik tulis blog buat anda adalah meja makan!

Apa pula pilihan korang? Suka tempat senyap atau tak mengira tempat untuk menulis blog? Bagi saya, paling saya ada mood menulis adalah ketika dalam kereta. Kadang-kadang tengah menunggu di trafik light pun boleh habis satu entri di blog. Kebiasaan entri yang sudah di draft la.. hehe. Kadang-kadang tak ada idea nak buat closing/ kesimpulan.. itu yang datang idea ketika dalam kereta, terus tulis dan publish entry. 

Yang penting adalah apa yang kita tulis itu dapat memberikan kegembiraan dan manfaat kepada orang lain. Itu pun dah jadi satu kejayaan besar buat anda.

Selamat berblog!! 😍😍

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!