Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.

*Selamat Tahun Baru Hijrah untuk semua pembaca blog aynorablogs.com.
Kita mungkin tidak tahu bahawa inilah doa terakhir yang kita baca sebelum menutup mata. Mungkin juga doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah yang di baca itu menjadi titik hijrah kita yang sebenar-benarnya. Hinggakan kita sendiri pun tidak menyangka begitu sayangnya Allah kepada kita hinggakan memberikan peluang kepada kita berkali-kali.
Maka, nikamt Tuhanmu yang mana nak engkau dustakan!!
Faedah dan Kebaikan Membaca Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Awal Muharam
1. Fadhilat membaca doa akhir tahun hijrah - "Barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan asbab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.."
2. Fadhilat membaca doa awal tahun hijrah - "... Barangsiapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal unurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah SWT telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
Wallaahu'alam.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.