Lunch Bawal Penyet Dan Nasi Goreng Chicken Chop. Family lunch ni kami beri as a treat to my youngest son sebab banyak tolong kami dalam waktu cuti public holiday. Tolong buang sampah, mop rumah, buang perabot lama yang dah tak guna dan sama-sama tolong cuci kereta. Memang banyak membantu lah dia ni, rajin dan tak berkira. Iya lah, tak lama lagi dia kan dah nak sambung belajar, jauh di seberang lautan. Kiranya, ini adalah training tak langsung terhadap kehidupan di perantauannya nanti.

Manakala gambar di bawah ini adalah bawal penyet. Dia sama je macam nasi ayam penyet, cuma ayam diganti dengan bawal. Saya rasa siakap penyet lagi sedap 😅😂



Dan di bawah ini adalah set air yang kita orang order, Thai ais tea, teh tarik dan cocktail buah-buahan.

Lunch Bawal Penyet Dan Nasi Goreng Chicken Chop
Ini adalah entry throwback, yang mana saya simpan dalam blog sebagai kenangan.
Bukan bawal penyet je yang ada, kami order jugak nasi goreng chicken chop, ayam pop corn, mix cocktail, air buah-buahan pun ada.
Di bawah ini adalah nasi goreng chicken chop. My son kata kuah black pepper dia tu sedap sangat, hinggakan dia hirup baki kuah yang tak habis.





Alhamdulillah, semua sedap dan portion pun banyak. Yang awesomenya, segala order daripada air dan makanan, di sediakan dengan cepat.. tak sampai 15 minit rasanya. Semoga kekalkan servis yang pantas di lain masa.
Semoga kita semua direzekikan dengan perkara yang baik-baik di setiap kesempatan.
Bye!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



3 Comments
kalau ammi selalu order talapia penyet... faveret sangat talapia. Kalau bawal kat rumah pun ammi jarang beli sbb tak suka sangat texturenya
ReplyDeleteTertarik tengok minuman yg di order, semua nampak menarik
ReplyDeleteSedap, saya suka set nasi ayam penyet ke, bawal penyet ke, sebab lengkap, ada sayur, tauhu dan tempe sekali. 😋
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.