Oh ya.. Asam pedas saya version tak guna belacan, sebab kat rumah kami memang tidak simpan belacan. Kalau kat luar, orang masak letak belacan, kami okay je. Cuma kat rumah memang tak guna belacan 😍😀

Resepi Asam Pedas Ikan Merah, Kuah Boleh Hirup
Korang layan gambar bahan-bahan masak asam pedas ikan merah seperti di bawah.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah - potong ikut suka
1 mangkuk cili kering - kisar
1 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit - kisar
2 inci halia - kisar
Air asam jawa - secukupnya
2 batang bunga kantan - belah dua
1 mangkuk daun kesum
2 batang serai - ketuk
2 biji tomato - belah empat
4 batang bendi - potong dua
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan asam pedas ikan merah
1. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan kunyit sehingga hancur. Kisar sehingga betul betul halus dan hancur.
2. Kemudian masukkan sekali cili kering yang di kisar terlebih awal. Kisar kan sekali lagi ke semua bahan dan pastikan telah halus dan licin.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak telah panas tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi dan masak sehingga bahan2 tadi telah masak sempurna. Masukkan serai yang diketuk tadi. Biar sehingga naik bau.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah air secukupnya anggaran banyak mana isi ikan. Kalau nampak pekat sangat, masukkan sedikit lagi air sehingga rasa kuah mengikut cita rasa kita. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan daun kesum ke dalam kuah dan biarkan seketika barulah di masukkan bunga kantan ke dalam kuah. Biarkan bahan-bahan tersebut masak sehingga lembut.
6. Masukkan isi ikan merah ke dalam kuah. Masukkan garam dan gula sekali dan biarkan ianya mendidih dan ikan masak sempurna. Matikan api dan boleh di hidang. Masukkan tomato dan sayur bendi sebagai hiasan.

Tadaaaa ... 😍😀😅
Siap sudah Asam Pedas ikan merah, kuah cair dari dapur Aynora.. hehe, rasa ada masam, manis dan wangi daun kesum. Cukuplah.. dapat happykan family dengan masakan kegemaran dia orang. Macam biasa bahagian kepala ayah punya, badan si bujang punya dan bahagian ekor milik si ibu ini yang tukang masak tadi.
Alhamdulillah.. rezeki hari ini.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.