Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Siapakah Kucing Misteri Ini?

Siapakah Kucing Misteri Ini? Dalam hujan gerimis sewaktu saya nak balik rumah untuk lunch time, ada seekor kucing yang elok menunggu di bonet depan kereta. Kucing siapakah agaknya dalam gerimis lepak atas kereta dan tak mahu bergerak bila disergah.

Saya letak handbag dalam kereta, hidupkan enjin dan on AIRCOND. Tetapi kucing tu tak bergerak. Saya keluar balik dengan tisu di tangan dan menolak lembut kucing tu supaya turun dari kereta. Tapi dia tak bergerak pun!

Siapakah Kucing Misteri Ini?

Saya ni pengecut dan geli dengan kucing taw..

Saya sedaya upaya tolak kucing tu, tapi kerana geli terpegang badan dia yang lembik, saya nak termuntah. Berdiri bulu roma saya. 

Saya pun berlari semula masuk opis dan mintak rakan lelaki membantu saya mengalihkan kucing tersebut, seperti gambar di bawah..

Siapakah Kucing Misteri Ini?

Akhirnya berjaya juga bawak kucing tu turun dari bonet kereta. Rupanya kucing ni baru lepas melahirkan anak seramai 2 orang. Baru kami perasan 2 ekor anak kucing berada di bawah pokok bunga kertas dan dalam kebasahan.

Selepas itu saya meminta rakan sekerja tadi uruskan ibu dan anak kucing tersebut 

Sambil drive balik, saya terfikir-fikir adakah kucing itu adalah Malaikat yang menyamar?? Bukannya apa .. dalam banyak-banyak kereta di kawasan parkir, kenapa kereta saya yang dipiih. Pulak tu saya ni kan penakut dengan kucing sebab badannya yang lembik tu..

Entahlah... misteri jugak kan?

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ibu kucing tu nak minta tolong agaknya, tengokkan anak² nya tu. Semoga baik² saja ibu & anak² kucing tu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.