Tanam Pokok Durian Belanda Kerana Khasiatnya. Alahaii .. comelnya pokok durian belanda saya dah sampai. Saya pilih anak pokok yang tinggi 2 kaki, sekali yang sampai rumah dekat 3 kaki setengah. Dah terjulur pokok tu dalam kotak. Ketika beli pokok durian belanda ni risau jugak jika pokok rosak dalam perjalanan. Alhamdulillah, pokok sampai di rumah dalam keadaan segar dan tidak layu. Lepastu, saya baca kat you tube kata, biarkan pokok dalam 4 hari gitu baru pindahkan ke dalam pasu atau tanam direct atas tanah. Supaya pokok tak terkejut dengan perubahan tempat dia membesar sebelum ini. Iya ke gitu? Kita ikut je 😅😅

Menjaga pokok durian belanda tidaklah susah, asalkan di baja dan penjagaan yang betul, buah yang dihasilkan akan berbeza sama sekali — lebih beraroma, isi lebih lembut, dan rasa manis-masamnya seimbang.

Tanam Pokok Durian Belanda Kerana Khasiatnya
Di Malaysia, rahsia durian belanda yang manis bukan terletak pada satu jenis baja ajaib, tetapi pada disiplin menjaga tanah, air, dan masa.
Khasiat Buah Durian Belanda
1. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
2. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
3. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
4. Secara tradisional digunakan untuk mengubati cirit-birit, disentri, kutu kepala, neuralgia, penyakit jantung, asma, hipertensi, parasit dan banyak lagi

Subhanallah.. banyaknya khasiat buah durian belanda ya!!

Cara menjaga pokok durian belanda
1. Cahaya matahari yang cukup
2. Tidak perlu kerap di siram, cukup siraman dalam seminggu sekali
3. Tabur baja subur sebulan sekali.
4. Sembur booster setiap minggu.
5. Ada orang kata tanam 2 pokok durian belanda bersebelahan, insha Allah berbunga dan berubah tak putus (petua)
Ada juga yang bagi nasihat iaitu jaga tanah je, tanah subur InShaaAllah pokok nya subur, tanah kalau dah rosak kita letak baja banyak mana pun dia kurang penyerapan. Ada 2 jenis baja yang sesuai untuk penjagaan tanah iaitu dolomite dan zeolite. Jika korang ada baja lain boleh guna juga.
2. Tidak perlu kerap di siram, cukup siraman dalam seminggu sekali
3. Tabur baja subur sebulan sekali.
4. Sembur booster setiap minggu.
5. Ada orang kata tanam 2 pokok durian belanda bersebelahan, insha Allah berbunga dan berubah tak putus (petua)
Gambar buah durian belanda

Lain-lain khasiat durian belanda
Dengarnya buah durian belanda juga berkhasiat menyuburkan pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Wallaahu'alam.

Semoga segala perkongsian berkaitan durian belanda dan cara penjagaanya dapat memberikan kita satu lagi ilmu berkebun, dalam skala yang sederhana.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

3 Comments
Kat kampung SA, Mak Lang dan Pak Lang tanam pokok ni banyak..buah sampai x termakan..kalau ada buah yang dah tua, diorang mesti call SA suruh datang petik...cuma satu je x tahan..kerengga...x dinafikan khasiah buah durian belanda ni..SA suka...sedap...
ReplyDeleteAda juga dengar petua tentang kesuburan tu. Orang lama ajar makan durian belanda ni.
ReplyDeleteAir durian belanda sedap. Banyak khasiat jugak durian belanda ni.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.