Ambil Cempedak Dan Rambutan Di Kampung. Lepas durian dah puas makan dan dah tak craving lagi.. sekarang giliran rambutan dan cempedak pulak. Sepanjang Jalan balik dari kampung, setiap rumah yang ada pokok rambutan.. semuanya bebuah lebat hijau, kuning dan merah. Meriah betul. Ada pulak tu yang mana ada pokok pulasan.. hmm, semuanya pun sedang berbuah lebat merah maron semua pokok. Hehe .. pemandangan yang menarik.





Dapatlah hasilan 2 plastik penuh buah rambutan kuning dengan cempedak dekat 20 biji. Saiz buah cempedaknya kecil dan sederhana. Tu yang ambil sampai 20 biji. Sepanjang jalan balik, kami menghidu bau buah cempedak yang dah masak je.. kuat betul baunya.




Ambil Cempedak Dan Rambutan Di Kampung
Anak sedara menelefon semalam petang menyuruh balik kampung sebab cempedak dah masak. So, hari Ahad kita balik sekejap. Sampai je rumah di kampung, pemandangan kami di sambut oleh warna kekuningan pokok rambutan. Asalnya suruh ambil cempedak, kami kait sekali buah rambutan.




Info Yang Anda Cari:
Buah Rambutan Siap Dikopek Dan Sejukkan
Lagi satu, kat rumah ni saya sorang queen of the house tetapi nak makan buah rambutan semua malas nak kopek. Jadilah saya yang kopek dan sejukkan dalam freeze. Memasing ngada-ngada betul. 🤣🤣


Bila dah siaap kopek, habis pula licin secepat kilat. Aduiilaaa .. myself is cannot brain! Ni ada satu plastik lagi nak kena kopek. Memang banyak buah rambutannya dan sebahagian saya dah bawak pegi opis.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



4 Comments
hahaha sama lah, ada ramai perempuan pun sama je. bila sorang yang kopek atau gorengkan haaa sekejap je licin. kalau takde yang bergerak, kat situ je lah bendanya.
ReplyDeleteKan . depan ingat kita ni org gaji kut, itu yang kuat ngoder
DeletePart ' queen of the house kena kopekkan rambutan' tu memang relatable sangat sis! 🤣 Kat rumah mana-mana pun memang camtu, SA pun sama..kalau tak dikopek/disiap tak geraknya buah tu. Tapi syok betul dapat hasil cempedak dengan rambutan banyak dari kampung..kat seremban diorang jual cempedak RM2 sekilo...murah kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Banyak hasilnya tu. Dapat buat cempedak goreng tu sedap betul. Buah kalau dah siap kupas kulit macam tu memang sepantas kilat boleh habis. hihi..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.