Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Dapat Pokok Bunga Mahkota Puri Dengan Pasu Putih Sekali

Dapat Pokok Bunga Mahkota Puri Dengan Pasu Putih Sekali. Korang fanatik ke dengan pasu warna putih? Lepas tu ada orang bagi pokok bunga dengan pasu warna putih pulak.. memang happy la kan. Bunganya warna merah kecil-kecil dan daunnya berkilat. Sekali pandang macam bunga plastik, bila datang dekat dan di pegang, barulah tahu itu adalah pokok sebenar. Hehe 

Dapat Pokok Bunga Mahkota Puri Dengan Pasu Putih Sekali


Inilah rupa pokok yang En suami bawak balik, nama dia Thornless Crown of Thorns. Tak payah sebut la, memang panjang nama dia. Bunga ni boss dia bagi, sebab mereka nak tukar bunga lain. Saya cakap dengan En suami, kenapa ambil pokoknya, kita nak pasu dia je. Dia cakap, nanti bila pokok tu mati, dapatlah pasunya 😂😂 memang tak boleh deal langsung la!!

Dapat Pokok Bunga Dengan Pasu Putih Sekali

Dapat Pokok Bunga Dengan Pasu Putih Sekali

Dari sumber wikipedia -- nama pokok adalah Euphorbia geroldii, dikenali sebagai "Gerold's Spurge" atau "Mahkota Duri Tanpa Duri" (Thornless Crown of Thorns),. Dia adalah sejenis pokok renek separa bersucculent yang berasal dari Madagascar. Berbeza dengan kerabatnya yang berduri iaitu Euphorbia milii (Mahkota Berduri), pokok ini tidak mempunyai duri dan sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Dapat Pokok Bunga Dengan Pasu Putih Sekali

Dapat Pokok Bunga Dengan Pasu Putih Sekali

Dapat Pokok Bunga Dengan Pasu Putih Sekali

Ciri-ciri Utama:


Fizikal

Tumbuhan renek ini boleh tumbuh sehingga 60 cm (2 kaki) tinggi. Batangnya licin tanpa duri.

Daun & Bunga

Mempunyai daun hijau berkilat dan bunga yang dikelilingi oleh struktur berwarna merah jambu cerah atau merah yang menyerupai kelopak bunga.

Batangnya bergetah

Seperti ahli keluarga Euphorbiaceae yang lain, batangnya menghasilkan getah susu yang beracun. 

Hmm..nasib baik saya guna sarung tangan masa nak bersihkan pokok ni 

Penjagaan & Keperluan


1. Sangat tahan kemarau. Ia hanya memerlukan penyiraman minima, kira-kira sekali setiap dua minggu.

2. Memerlukan cahaya matahari separa hingga penuh untuk berbunga dengan lebat.

3. Memerlukan medium tanah yang mengalirkan air dengan baik bagi mengelakkan masalah akar teput.

Kini, pokok tu saya dah tebang separuh, Dan buang semua daun dia sebab dia makan ruang laman comel saya. Selebihnya, saya tengah pening nak letakkan di kawasan mana pokok Euphorbia geroldii @ Mahkota Puri ni, di luar atau dalam pagar? Pening kepala eden......
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

4 Comments

  1. Pasu putih nampak estetik la. Cuma mudah kotor jela kan kalau kena tanah.

    ReplyDelete
  2. Besar/rimbun pokoknya sampai dah penuh pasu. Rasa macam tak kenal pokok ni.

    ReplyDelete
  3. NIce la pasu putih ni. Selalu nampak kaler dark. Padan sungguh dengan kaler hijau daunan.

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Rimbun betul.. Owh ada yang tak berduri eh..
    Rumah Sha jenis yang berduri.. memang tahan pokok ini..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.