Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak. Walau kita tak mintak, kakak saya tu tetap datang hantar pokok bunga dengan pasunya sekali. Bukan dia beli pun, dia pergi ambil di kebun tempat suami dia bekerja, ambil yang gemuk dan subur-subur pulak tu..😂😂

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak


Sebelum ini pun saya dapat 5 pasu pokok keladi comel dari dia. Pokoknya masih lagi hidup cuma tak besar-besar sebab di tanam dalam kawasan berbumbung. Tapi warna daun keladi yang cantik warna warni buat kita sayang nak buang dia..

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

1. Pokok Duit


Berbalik kepada pokok duit yang kakak bagi, daunnya lebat, hijau dan tebal. Saya ingat pokok duit ni sama macam money plant, rupanya jauh beza sekali. Di tanam pulak dalam pasu hitam, sedangkan kat rumah saya semuanya hampir 99% pasu berwarna putih. Tengah fikir-fikir adakah saya nak tukar pasu pula? Entahlah..

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

2. Pokok Bromeliad


Satu ketika dulu pokok bromeliad jadi rebutan penduduk kampung dan viral sekejap kerana ada yang menjual pokok tersebut pada harga RM60 - RM120 satu pokok. Tapi sekarang macam dah senyap pulak orang berebut pokok bromeliad tu.

Kenali Bromeliad


Bromeliad merupakan tanaman daripada keluarga Bromeliaceae yang berasal daripada Amerika Selatan. Bromeliads mempunyai pelbagai varieti dan nanas juga adalah tanaman yang paling dikenali dalam keluarga Bromeliaceae. Selain pokok itu, bromeliad juga mempunyai pelbagai varieti yang menunjukan ciri yang berbeza sedikit daripada nenas antaranya susunan daun pendek dan panjang berbentuk corong atau tirus,  daun berwarna-warni dan buah yang menarik. 

Penjagaan pokok ini sangat mudah  kerana bromeliad sesuai dengan iklim yang hangat, lembap dan rendang. Pencahayaan untuk bromeliad adalah minimum, kadar cahaya mempengaruhi bentuk  serta warna daun. Tumbuhan ini pada awalnya tumbuh di pokok atau epiphytic oleh itu peredaran udara dan  saliran yang baik juga amat penting untuk tumbuhan tahan lebih lama. 

Siput adalah salah satu perosak yang biasa dijumpai pada pokok bromeliad. Siput akan menyebabkan permukaan daun rosak atau kotor. Penyakit yang biasa didapati adalah '' crown rot'' yang di sebabkan oleh penyiraman yang berlebihan atau pengaliran yang tidak sempurna.

Jenis-jenis bromeliad antaranya Neoregelia dimana susunan daun menyebar dan rata, warna  yang terang bergantung pada  cahaya, tillandsia sejenis bromeliad yang tidak memerlukan tanah untuk hidup, berdaun tirus dan kecil. - FB

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak

Jika di campur dengan pokok duit dengan pokok bromeliad yang kakak saya bagi, saya kini memiliki hampir 100 pasu pokok bunga/ tanaman di luar rumah dan dalam kawasan pagar rumah.

Alhamdulillah.. kini pokok-pokok saya ada yang sedang berbunga, berbuah, ada yang sedang bertunas semula dan ada yang hidup segan mati tak mau.. hehe

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

5 Comments

  1. ooo itu pokok duit, patutlah orang Cina suka tanam pokok ni..saya ada tanam tapi kata orang getahnya beracun..so taka saya perdulikan..masa tu anak2 semua masih kecil..hingga kini masi ada ..

    ReplyDelete
  2. Minat dan kegemaran saya tetap Bunga Kertas..tanaman lain ada juga pelihara..

    ReplyDelete
  3. Pokok duit tu pokok kesukaan Sis.. ada 5 pokok duit kat rumah, semua dah besar gemok.. senang penjagaannya, buat dekkk pun dia segar jerr hidup hihihi

    ReplyDelete
  4. First time tau pokok bromeliad... ke pernah tgk tp x tau nama eh 😅😅

    Wow dah ada 100 jenis pokok, hebatt

    ReplyDelete
  5. Untungnya ada kakak yang rajin melayan minat kita! Seronok tengok pokok-pokok tu subur dan gemuk. Walaupun pasu warna hitam, tapi kalau pokok dah subur macam tu, tetap nampak cantik sangat. Bertambah lagilah koleksi laman rumah lepas ni sis aynora..SA kalau tanam pokok bunga confirm ken hijack..PZ x suka dia lagi suka tanam pokok yg boleh makan...bromeliad tu tgh popular sekarang kan...pokok duit tu atas meja kerja SA ada sepasu...gemuk2

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.