Doa Keampunan Untuk Muslimin Dan Muslimat. Memang tak dinafikan doa adalah senjata orang mukmin. Itulah saja kekuatan kita bila diserang kiri dan kanan, difitnah tak henti-henti. Jangan sedih ya. Kita ada senjata rahsia iaitu - doa.

Info Yang Anda Cari:

Doa Keampunan Untuk Muslimin Dan Muslimat
Dalam kemelut dunia yang tak henti-henti sekarang ni, saudara kita yang jauh dizalimi tanpa belas kasihan. Tak tau nak kata apa dah, kering dah airmata ikut bersedih dengan mereka.
Marilah sama-sama kita doakan buat mereka. Doakan muslimin dan muslimat saudara kita di seluruh dunia.
Doanya :
Allahumaghfirlil muslimin nawalmuslimat
walmukminin nawal mukminat
Al ahyaa iminhum wal amwaat
Birahmatikayaa arhamarrohimiin
Maksudnya :
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat, dan mukminin dan mukminat. Yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Walhamdulillahi rabbil 'alamiin.
Semoga doa-doa yang dilafaz diaminkan oleh Malaikat dan diperkenankan oleh Allah SWT.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



2 Comments
Subahanallah doa yang baik..moga ramai manfaatkan..alhamdulillah
ReplyDeleteGood sharing. Terima kasih berkongsi utk mengingatkan.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.