Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Empat Pasukan Yang Layak Ke Semi Final Piala Dunia FIFA 2026

Empat Pasukan Yang Layak Ke Semi Final Piala Dunia FIFA 2026. Hampir semua orang dah tahu. Iya, 4 pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2026 ialah Perancis, Sepanyol, Argentina, dan England. Perlawanan ini merupakan edisi separuh akhir pertama dalam sejarah kejohanan yang menampilkan empat pasukan kedudukan tertinggi dalam ranking rasmi FIFA. 

Bagi peminat atau penyokong Portugal atau Norway.. lebarkan sokongan anda kepada pasukan yang masih ada. Piala dunia FIFA hanya ada pada 4 tahun sekali, Maka inilah masanya untuk kita menyokong bola dengan semangat kesukanan yang tinggi. Boleh ke? 😂😂

Empat Pasukan Yang Layak Ke Semi Final Piala Dunia FIFA 2026
Sumber - Google

Empat Pasukan Yang Layak Ke Semi Final Piala Dunia FIFA 2026


Jadual perlawanan separuh akhir adalah seperti berikut (waktu Malaysia):

Separuh Akhir 1
Perlawanan: Perancis vs Sepanyol
Tarikh: Rabu, 15 Julai 2026
Masa: 3:00 pagi
Lokasi: Stadium AT&T, Texas 

Separuh Akhir 2
Perlawanan: Argentina vs England
Tarikh: Khamis, 16 Julai 2026
Masa: 3:00 pagi
Lokasi: Stadium Mercedes-Benz, Georgia 

Dua pasukan yang menang pada peringkat ini akan mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 20 Julai 2026 di Stadium MetLife, New Jersey.

Pada pendapat korang, pasukan manakah yang bakal menempah tiket ke peringkat akhir? Adakah Argentina bakal bertemu dengan Sepanyol? Kita nantikan kejutannya setelah ke empat-empat pasukan selesai bermain. 

Pada pukul 3.00 pagi nanti, saya harap pasukan Sepanyol dapat menewaskan Peranchis. Dengan berapa gol pun tak kisah, yang penting menang!! 💯

#Edit
- Sepanyol menang ke atas Peranchis 2 - 0 ✔️✔️
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahun ni saya tak ambil peduli tentang Bola.. Mungkin sebab takde geng.. anak lelaki di selatan, en. Hubby PJJ.

    ReplyDelete
  2. Dah lama saya tak tonton bola... dengar keputusan saja hihihii.

    ReplyDelete
  3. Yeayyyy go Argentina!!! Hahahaha

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.