Mohon Perlindungan Dengan 3 Qul. 3 Qul yang dimaksudkan dalam perkongsian kali ini adalah 3 surah dalam al Quran yang dimulakan dengan Qul.. iaitu surah Al Ikhlas, Surah al Falaq & surah an Nas. Ketiga-tiga surah ini adalah surah lazim yang dibaca bila-bila masa dan di mana saja oleh kerana surahnya yang pendek. Kita semua pun mula belajar dari mukadam dimulakan dengan surah Al Fatihah dan 3 Qul ini lah.
Membaca surah-surah yang dimulakan dengan 3 Qul ini amat banyak fadhilat nya hinggakan ia menjadi kebiasaan dibaca sebelum tidur.

2. Rasulullah SAW menggalakkan kita membaca ketiga-tiga surah ini secara istiqamah sebagai sebahagian daripada zikir harian khususnya di waktu pagi, petang dan sebelum tidur dengan meniup pada kedua-dua tapak tangan dan menyapu keseluruh badan.
Mohon Perlindungan Dengan Al-Mu'awwizat ( 3 Qul)
Al-Mu'awwizat Bacaan Pelindung. Bacaan al-Mu'awwizat ialah bacaan (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas).

Daripada Uqbah bin Amir RA, beliau berkata: Ketika aku sedang memimpin tunggangan Rasulullah SAW dalam satu peperangan, Baginda bersabda:
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: بَيْنَمَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ. ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ. ثُمَّ قَالَهَا الثَّالِثَةَ. فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟ فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَهَا حَتَّى خَتَمَهَا. ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ حَتَّى خَتَمَهَا. ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ حَتَّى خَتَمَهَا. ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ
"Wahai Uqbah, bacalah." Aku hanya diam mendengar. Kemudian Baginda bersabda lagi: "Wahai Uqbah, bacalah." Aku tetap diam. Kemudian Baginda mengulanginya buat kali ketiga. Lalu aku bertanya: "Apakah yang hendak aku baca?" Baginda bersabda: "Bacalah: Qul huwallahu ahad." Lalu Baginda membaca (Surah al-Ikhlas) hingga selesai. Kemudian Baginda membaca: "Qul a'uzu birabbil-falaq." Lalu aku membacanya bersama (Surah al-Falaq) Baginda sehingga selesai. Kemudian Baginda membaca: "Qul a'uzu birabbin-nas." Lalu aku membacanya bersama Baginda (Surah an-Nas) sehingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: "Tiada sesiapa yang memohon perlindungan dengan sesuatu yang lebih baik daripada ketiga-tiga surah ini." - (HR Nasaie No:5430) Status Hadis Sahih
Pengajaran Dan Hikmah Membaca Al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas) :
1. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas merupakan bacaan perlindungan yang paling sempurna kerana ketiga-tiga surah ini menghimpunkan tentang tauhid yang murni, pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan permohonan perlindungan daripada segala bentuk kejahatan zahir dan batin.

Info Yang Anda Cari:
3. Perlindungan yang sebenar datang daripada Allah SWT, manakala bacaan al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas) menjadi sebab yang disyariatkan untuk mendapat perlindungan tersebut.
4. Menurut al-Mubarakfuri, tiada doa atau bacaan perlindungan yang lebih lengkap daripada tiga surah ini kerana ia merangkumi perlindungan semua bentuk keburukan yang boleh menimpa manusia.
5. Tauhid yang mantap merupakan asas kepada keselamatan rohani dan perlindungan daripada pelbagai fitnah.
6. Hadis ini menunjukkan kaedah pendidikan Rasulullah SAW yang menggunakan pengulangan dan dialog bagi menarik perhatian serta meningkatkan kefahaman para sahabat.
7. Seorang Muslim hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada kejahatan zahir dan batin, termasuk gangguan syaitan, hasad dengki dan bisikan yang menyesatkan.
Semoga segala perkongsian di atas dapat di amalkan dan dijadikan bacaan harian samada dalam solat fardhu ataupun dibaca sebagai surah lazim yang sentiasa basah di lidah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



5 Comments
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ringkas tapi penuh bermakna ni Aynora! Kadang-kadang bila kita sibuk dengan rutin harian, terlepas jugak amalan asas macam ni. Peringatan yang sangat baik untuk jadikan Surah Al-Mu'awwizat sebagai benteng amalan harian kita sekeluarga. Moga bermanfaat buat semua!
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ni.. kadang kita baca tapi tak tadabbur di setiapp ayat
ReplyDeleteAlhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat Sis Aynora! 3 Qul ni mmg amalan wajib sebelum tidur & bila-bila masa. Terima kasih atas peringatan mesra ni..Kadang-kadang kita terlepas pandang keutamaan amalan mudah ni bila sibuk dengan urusan harian.
ReplyDelete3 surah pendek dan mudah dihafal sejak kanak2 lagi. Memang byk fadhilat 3 Qul ini. Sy baca sebelum tidur juga.
ReplyDeletethanks for sharing, kpd Nya jua kita mohon pertolongan
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.