Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya

Aynora
By -
0
Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya. Sejak ada anak bujang soleh kat rumah ni, apa je yang dia tak adjust untuk ibu dan ayahnya. Asal ada benda untuk kemudahan ibu dan ayah, dia akan ganti, ubah atau perbaiki untuk keselesaan yang tersayang. Terbaru ni dia tukar lagi phone holder dalam kereta Black Knight saya. Sebabnya yang sebelum-sebelum ni asyik tanggal, ada pulak yang bergerak sana sini phone holder tu dalam kereta (sebab silap beli), ada pula yang ketat susah betul nak letak phone, ada pula phone holder yang tak boleh adjustable. Haiiii.. nasib badan la si ibu suka shopping. Memang banyak koleksi phone holder tak pakai.. bersepah-sepah je. Haha..

Maaf kan dengan gambar, sedikit gelap sebab saya duduk dalam cermin gelap.. 😇😇

Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya

Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya
Info Yang Anda Cari:

Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya


Pemegang Telefon yang baru ni harganya dalam RM40++ tapi kegunaan dan fungsinya amatlah elok dan A+. Tengoklah saya boleh baca blog dalam kereta sambil drive. Kih kih.. bukan nak tengok Waze @ Google maps pun..

Phone holder ni sangat bagus, senang nak letak phone, mudah nak tekan butang fungsi kiri dan kanan, dan nak tarik phone dari holder just tarik ke atas je

Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya

Pemegang Telefon Baru Untuk Kesekian Kalinya

Bila kita nak letak phone, holder ni santai je tak la macam phone holder yang sebelum ni, garang dan ketat susah nak letak phone. Jika pakai casing lagi la susah.




Bercakap pasal phone holder untuk kemudahan, saya lah orang yang fail gunakan untuk manfaat tengok jalan atau tahu keadaan lalau lintas samada jem atau tidak. Sebab saya selalu derhaka dengan Waze atau Google maps!! Saya selalu tak ikut cakap depa, asyik melawan je. Akibatnya saya selalu salah jalan, masuk jalan mati dan sebagainya.

Kebiasaan kalau nak jalan ke tempat yang asing berseorangan, En suami akan lukis jalan atau landmark sesuatu tempat. Selamatlah saya tiba ke destinasi dengan jayanya.

Itulah kisah phone holder saya yang telah berkali-kali bertukar ganti. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Aynorablogs.Com - Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!