Petua Hilangkan Sakit Gigi. Tak dapat hilang, dapat lega pun dah okay. Bukan apa.. bila gigi sakit kita rasa bad mood je, apa kerja pun tak jadi. Ada kawan-kawan yang kongsi cara melegakan gigi sakit. Saya dah cuba dan alhamdulillah menjadi dan berkesan pula pada saya.

Petua Hilangkan Sakit Gigi
Saya share kat korang apa yang saya buat untuk merawat sakit gigi.
Air garam suam - Larutkan dua sudu kecil garam dalam segelas air suam, berkumur selama 30 saat, kemudian ludah untuk kurangkan bengkak atau sakit gigi/ gusi.
Tuam ais - Bungkus ketulan ais dengan kain bersih dan tekap pada bahagian luar pipi yang sakit selama 15 minit untuk mematikan rasa sakit.
Daripada cara di atas, itu adalah cara mudah dan praktikal di lakukan di rumah jika gigi sakit. En suami pun buat benda yang sama jika gusi dia bengkak atau terasa sakit.
Info Yang Anda Cari:
Apa yang dikongsikan di atas adalah cara sementara untuk merawat sakit gigi, sementara nak jumpa doktor. Ada kala dengan cara simple tu, gigi dah elok esoknya. Hehe ..
Selamat mencuba
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.