Putu Bambu Yang Sedap Beli Di Pasar Malam. Dah lama tak makan putu bambu yang sedap macam kat Ayer Hitam dulu. Sewaktu anak bujang sulung masih belajar di MRSM Batu Pahat, kami selalu singgah di Ater Hitam, Johor untuk membeli berbekas-bekas putu bambu. Bukan beli satu @ dua je, beli hingga 15 bungkus pun pernah.. banyak kan? Sebab ada ramai yang mengirim bila tahu kami nak hantar si bujang balik asrama. Begitulah throwback nya.. hihi







Keseluruhannya, beli putu bambu Dari pasar malam pun sedap dan solid rasa dia. Maksudnya dari segi rasa, warna, bentuk.. semua ngam! Memang comel je.. yang penting melting di mulut 😂
Tapi bila dia habis situ, dah tak lalu lagi Ayer Hitam. Beralih laluan pula ke Mersing sebab bujang bongsu belajar di MRSM Mersing. Kat situ kita tukar menu kegemaran iaitu apam balik berbagai perisa di Mawai. 😅😅



Putu Bambu Yang Sedap Beli Di Pasar Malam
Alkisah pada hari minggu yang lalu, anak-anak pergi ke pasar malam di kawasan kami. Tanya ibu nak makan apa? Saya jawab yang rare, jarang jumpa. Bila balik rumah, elok je bawak putu bambu 3 bekas. Hmm.. iyalah ni makanan memang rare, jarang jumpa..

Memang sedap putu bambu yang di beli dari pasar malam ni. Bukan sahaja bentuknya yang comel, tetapi juga isi gula melakanya yang secukup rasa dan penuh. Makan satu tak cukup, hampir satu bekas saya habis makan..


Kemudian, di alas dengan daun pisang dan parutan kelapa pun banyak. Selambak dia bagi.

Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



2 Comments
Kat Lipis ni dulu ada makcik tu jual kat pasar malam. Sekarang dah takde. Sedap putu bambu makcik tu.
ReplyDeleteSama la kita, SA pun peminat tegar putu bambu! Kalau nampak kat pasar malam memang wajib beli. Macam dalam entri ni, geram tengok kelapa parut dia selambak macam tu, makan pulak waktu tengah panas-panas memang layan. kena cari ni putu bambu...SA suka yang warna putih.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.