Sarapan Hash Brown Segera. Kalau tak ada si bujang sulung kat rumah, takde lah menu western di meja sarapan. Biasa kami akan breakfast nasi lemak, karipap, donat dan nasi goreng ringkas. Bila ada si bujang sulung kat rumah, maka wujudlah variety sarapan yang jarang kita makan di awal pagi. Contohnya roti nan, dan lain-lain.





Anak sulung kami ni amat prihatin dengan kami ibu dan ayahnya. Bila tiba waktu balik kerja sepatutnya kami sampai rumah waktu sekian sekian, tetapi kami tak sampai lagi.. dia akan call. Tanya kami ok ke tidak, jalan jem ke apa, atau tanya kami singgah mana-mana ke.. hehe, dah macam guru besar jaga anak murid pulak..🤣🤣


Sarapan Hash Brown Segera
Pagi ni sarapan hash brown, bukan sekeping dua tetapi selambak si dia goreng untuk kami 4 beranak. Makan la sepuasnya kerana jika kita beli di McD, satu keeping je dah berapa harga dia, kan..



Hash brown untuk breakfast dihidang bersama telur mata dan dimakan dengan cili sos. Pun dah sedap dan kenyang. Terima kasih anak solehku kerana pagi-pagi dah siapkan breakfast untuk family.
Selepas siapkan breakfast, dia keluar berjogging pula dalam hampir 45 minit gitu. Bila ayah dan ibunya ni nak keluar rumah, baru nampak batang hidung dia masuk kawasan pagar.
Semoga terus sihat, ceria dan bahagia anak-anakku..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



6 Comments
Sekali sekala tukar selera :)
ReplyDeleteLagi seronok bila ada yg masakkan utk kita.
Kalau makan buffet breakfast kat hotel yang ada hash brown ni mesti ambil. Dulu masa belajar kat poli pernah belajar buat hash brown ni.
ReplyDeleteSaya baru pertama kali makan hash brown hari itu. Rupanya diperbuat daripada kentang. Boleh tahan rasa cuma masin.
ReplyDeleteBagusnya. Sejuk hati kita mendengor. Ada sifat tanggungjawab sebagai anak sulung. Bila ibubapa tak ada, telefon bertanya di mana, ye. Tolong siapkan sarapan pula tu. Alhamdulillah. 👍
ReplyDeletebagus anak sulung ni...prihatin sangat dengan ayah & ibu.
ReplyDeleteRajinnya anak soleh buat break1st. Memang sedap hash brown ni. Kadang buat bekal sebab ringkas, Faa makan ni dah boleh kenyang lama kat tempat keje.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.