Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi

Aynora
By -
0
Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi. Alkisah hari ni 11/7/2026 adalah hari mengundi PRN Johor. Kami anak beranak keluar mengundi seawal pukul 8.00 pagi. Bujang bongsu kali pertama mengundi. Si abang dah masuk 2 kali. Ingatkan kami yang paling awal.. rupa-rupanya dah jem kat tempat mengundi. Secara kebetulan kami telah dapat mengundi di tempat yang sama, cuma saluran berbeza. Hehe..

Setelah 1 jam setengah siap semuanya, perut mula berasa lapar. Dah satu kerja pulak nak keluar dari kawasan mengundi jem teruk. Kenderaan sudah bertambah sekali ganda. Alhamdulillah, dengan kerjasama polis dan juga polis bantuan.. keadaan dapat dileraikan dengan segera.

Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi

Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi

Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi


Nasi lemak Paru dan bukan satu jenis paru, si bujang sulung ambil yang goreng garing dan juga paru goreng sambal. Itulah kegemaran dia.. paru ke paru. Kat luar negara susah nak jumpa paru.. haha

Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi

Sarapan Nasi Lemak Paru Selepas Mengundi

Gambar nasi campur tu milik si adik. Pepagi buta dah makan nasi campur, sebab dia tak tahan godaan sayur lemak kuning tu. Itulah faveret dia.. 😅😅

Saya dan En suami order nasi lemak dengan paru sambal dan cendawan enoki goreng tepung. Nasib baik sedap cendawan tu, bolehlah pujuk hati dengan sambal paru yang agak masin tu. Order air semua sejuk-sejuk, sebab tadi dah kepanasan dari tempat mengundi. 😭😭

Berbalik pada kisah mengundi, tanya si adik dia undi siapa? Rahsia katanya. Saya kata dengan ibu tak boleh rahsia.. dia pun cerita siapa yang diundi. Abangnya ketawa besar.. dan ingatkan pada si adik yang undi adalah rahsia. Tapi saya sambung -- hanya boleh cerita pada ibu saja. Haha ...

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!