Dapat Pokok Bunga Mahkota Puri Dengan Pasu Putih Sekali
Inilah rupa pokok yang En suami bawak balik, nama dia Thornless Crown of Thorns. Tak payah sebut la, memang panjang nama dia. Bunga ni boss dia bagi, sebab mereka nak tukar bunga lain. Saya cakap dengan En suami, kenapa ambil pokoknya, kita nak pasu dia je. Dia cakap, nanti bila pokok tu mati, dapatlah pasunya 😂😂 memang tak boleh deal langsung la!!


Dari sumber wikipedia -- nama pokok adalah Euphorbia geroldii, dikenali sebagai "Gerold's Spurge" atau "Mahkota Duri Tanpa Duri" (Thornless Crown of Thorns),. Dia adalah sejenis pokok renek separa bersucculent yang berasal dari Madagascar. Berbeza dengan kerabatnya yang berduri iaitu Euphorbia milii (Mahkota Berduri), pokok ini tidak mempunyai duri dan sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget


Ciri-ciri Utama:
Fizikal:
Tumbuhan renek ini boleh tumbuh sehingga 60 cm (2 kaki) tinggi. Batangnya licin tanpa duri.
Daun & Bunga:
Mempunyai daun hijau berkilat dan bunga yang dikelilingi oleh struktur berwarna merah jambu cerah atau merah yang menyerupai kelopak bunga.
Batangnya bergetah:
Seperti ahli keluarga Euphorbiaceae yang lain, batangnya menghasilkan getah susu yang beracun.
Hmm..nasib baik saya guna sarung tangan masa nak bersihkan pokok ni
Penjagaan & Keperluan
1. Sangat tahan kemarau. Ia hanya memerlukan penyiraman minima, kira-kira sekali setiap dua minggu.
2. Memerlukan cahaya matahari separa hingga penuh untuk berbunga dengan lebat.
3. Memerlukan medium tanah yang mengalirkan air dengan baik bagi mengelakkan masalah akar teput.
Kini, pokok tu saya dah tebang separuh, Dan buang semua daun dia sebab dia makan ruang laman comel saya. Selebihnya, saya tengah pening nak letakkan di kawasan mana pokok Euphorbia geroldii @ Mahkota Puri ni, di luar atau dalam pagar? Pening kepala eden......

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.