
Info Yang Anda Cari:
Interview Pinjaman Pendidikan Untuk Sambung Ijazah Perubatan
Kisahnya email di hantar kepada anak pada tarikh 5/8/2026. Semalam dan hari ini pun dia ada kelas online untuk persediaan ke luar negara. Bila dia tengah ada kelas, handphone berbunyi pada pukul 12.00 tengahari tadi. Dia tak jawab sebab tengah class online.
Lepas habis kelas dalam pukul 12.30 tengahari, dia tergerak check email dan ternampaklah email berkaitan interview tersebut yang kena bagi jawapan persetujuan hadir sebelum pukul 10 pagi hari ini, 6/8/2026.
Dia dah agak gabra, risau tak dapat pinjaman tu. Call Maij tak ada orang angkat, iya lah kan waktu rehat. Dia hantar Whatsapp pulak pada seorang staff yang pernah hubungi dia sebelum ini. Kena tunggu dan call lagi department tersebut sebab urusan berbeza.
Akhirnya dalam pukul 2.30 petang dia berjaya email kan surat kehadiran untuk interview esok, 7/8/2026.
Semoga dipermudahkan semua urusan anak-anakku.

Kami tak dapat hantar, Maka si abang yang tolong hantarkan. Dah banyak pesanan kami bagi, antaranya tampil yakin dan berkarisma, senyum dan jujur jawab soalan. Sebab jawapan yang jujur akan kedengaran lancar. Hehe..
Semoga langkah yang bermula dengan niat baik akan diakhiri dengan kebaikan juga.
Gambar di bawah adalah gambar kenangan sewaktu dapat result SPM 2024 (8A 1B+ (B+ chemistry - appeal tapi result remain unchanged), takde rezeki nak dapat 9A namanya.. 💙, tapi syukur alhamdulillah dengan keputusan Matrikulasi nya, dia dapat interview medical degree dengan 3 buah universiti awam.


Diucapkan selamat maju jaya kepada anakanda kami dan rakan-rakannya yang juga akan meneruskan perjuangan masing-masing samada di dalam atau pun luar negara. Hanya DOA terbaik mengiringimu.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


semoga anak berjaya di dalam IV itu. Aamiin...
ReplyDeleteInsha Allah
Delete