Sambal Udang Untuk Nasi Lemak. Udang dalam fridge dah lama terbiar, so kita masak sambal udang untuk dimakan bersama nasi lemak. Seperti biasa ia disediakan oleh anak bujang soleh kami. Hmm.. saya pesan jangan buang kulit udang tu, betul dia hanya buang kepala je, kulit dan ekor dia biar gitu je. Memang 'sesak nafas' nak makannya.. 😭😭 tetapi yang penting sedap!!





Walau apa pun terima kasih anakku, kerana banyak berjasa kepada ayah & ibu dan menjimatkan masa ibu ni yang selalu sampai rumah memang tak sempat nak masak berat-berat..
Info Yang Anda Cari:
Sambal Udang Untuk Nasi Lemak
Sambal udang + nasi lemak ni adalah menu sarapan kita orang. Sempat anak saya potongkan timun, dan goreng ikan bilis untuk melengkapkan set nasi lemak tersebut.
Sambal udangnya sedikit pedas, jadi kena banyak kunyah timun untuk stabilkan rasa pedas di lidah.. hihi


Petua Nasi Lemak Bau Harum
Ini saya baca dari Google, nasi lemak akan jadi lebih sedap jika di campur dengan daun limau purut. Ada yang kata orang Kelantan & belah utara masak nasi lemak depa letak daun limau purut? Betul ke?
So, anak bujang saya masukkan daun limau purut, garam dan santan untuk rasa nasi lemak yang lebih sedap. Alhamdulillah.. memang betul la. Nasi lemak bauh harum. Lama-lama daun limau purut itu menimbulkan sedikit rasa manis pada nasi lemak tersebut.

Semoga anak-anak kami dikurniakan rezeki sihat & bahagia dalam kehidupan seharian mereka, asbab mereka menyenangkan hati kami setiap hari. Aamiin...
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



3 Comments
Alhamdulillah, beruntung ada anak rajin tolong mak kat dapur. Petua letak daun limau purut dalam nasi lemak tu memang terbaik, wangi sangat aromanya, boleh cuba nanti. Sambal udang makan dengan nasi lemak panas-panas memang padu
ReplyDeleteSedapnya sambal udang nasi lemak tu! Unik petua daun limau purut, memang lagi harum dan membangkitkan selera. Terbaik anak bujang!
ReplyDeleteSejuk hati saya baca entri ni, tumpang seronok anak bujang rajin membantu di dapur. Sambal udang bersama nasi lemak homemade memang nikmat sangat. 😋
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.