Tiga Dosa Yang Disegerakan Balasannya Di Dunia. Apakah kamu tahu apakah dosa-dosa yang disegerakan? Tak tunggu lama, Allah bayar cash terus di atas dunia, samada kamu suka atau tidak, samada kamu bersedia atau sebaliknya. Balasan Allah amatlah kejam, apakah kamu tidak berfikir? Adakah kamu tidak melihatnya dengan jelas dengan apa yang Allah telah tunjukkan dengan balasan yang dikenakan. Jangan ingat kamu miskin, kamu itu dikecualikan. Dan jangan pula kerana kamu kaya, kamu tidak diseksa. Ingatlah, jika Allah murka.. Dia Maha Berkuasa untuk membalas dosa-dosa kita dengan serta merta!

2. Tiga Dosa yang disegerakan balasannya semasa didunia
i) الْبَغْي – Kezaliman termasuk menindas orang lain, mengambil hak tanpa izin dan menganiaya atau menyakiti orang lain
ii) عُقُوق الْوَالِدَيْن – Derhaka kepada Ibu Bapa termasuk menyakiti, mengabaikan, tidak menghormati ibu bapa, bercakap kasar, meninggikan suara, enggan membantu, serta memalukan mereka
iii) قَطِيعَة الرَّحِم – Memutuskan Silaturahim dengan keluarga
3. Dosa yang melibatkan hak manusia lain (seperti kezaliman, derhaka, dan memutuskan silaturahim) lebih berat kesannya, kerana ia merosakkan hubungan sosial dan kekeluargaan.
5. Hormat dan taat kepada ibu bapa adalah perintah Allah, dan kedurhakaan membawa kesan langsung dalam kehidupan, seperti rezeki disekat, hati tidak tenang, dan umur tidak diberkati.
6. Memelihara hubungan kekeluargaan membawa keberkatan umur dan rezeki, manakala memutuskannya membawa kesempitan hidup dan kemurkaan Allah.
7. Hadis di bawah ini juga memberi amaran dan juga peluang bahawa selama belum mati, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaiki kesalahan. Tidak semua dosa menunggu hari pembalasan. Ada dosa yang dibalas segera di dunia, seperti hidup susah, tidak diberkati, dihina, tidak tenang, ditimpa bala dan sebagainya.
Daripada Bakkar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
حَدَّثَنَا بَكَّارُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلاَّ الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، أَوْ قَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ
"Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali perbuatan zalim (melampaui batas), derhaka kepada kedua ibu bapa, dan memutuskan silaturahim. Sesungguhnya Allah akan segerakan hukuman ke atas pelakunya di dunia sebelum kematiannya." (HR Abu Daud No: 4902) Status: Hadis Sahih
Tiga Dosa Disegerakan Balasannya Di Dunia
Ada dosa-dosa yang Allah segerakan sejak dari atas muka bumi lagi kerana jika dibiarkan tidak diberikan pengajaran, manusia akan lebih banyak membuat kerosakan. Kezaliman dan penganiayaan pula terus berleluasa.

1. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, hadis di bawah ini menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun, dan banyak dosa manusia ditangguhkan balasannya hingga hari kiamat kecuali beberapa dosa berat yang tidak akan ditangguhkan malah akan disegerakan azab atau bala di dunia.
Tiga Dosa Yang Disegerakan Balasannya
2. Tiga Dosa yang disegerakan balasannya semasa didunia
i) الْبَغْي – Kezaliman termasuk menindas orang lain, mengambil hak tanpa izin dan menganiaya atau menyakiti orang lain
ii) عُقُوق الْوَالِدَيْن – Derhaka kepada Ibu Bapa termasuk menyakiti, mengabaikan, tidak menghormati ibu bapa, bercakap kasar, meninggikan suara, enggan membantu, serta memalukan mereka
iii) قَطِيعَة الرَّحِم – Memutuskan Silaturahim dengan keluarga
3. Dosa yang melibatkan hak manusia lain (seperti kezaliman, derhaka, dan memutuskan silaturahim) lebih berat kesannya, kerana ia merosakkan hubungan sosial dan kekeluargaan.
4. Kezaliman terhadap sesama manusia adalah antara dosa yang Allah sangat murka, dan boleh menyebabkan kehancuran hidup, kehilangan berkat, atau ditimpa bala secara langsung.
5. Hormat dan taat kepada ibu bapa adalah perintah Allah, dan kedurhakaan membawa kesan langsung dalam kehidupan, seperti rezeki disekat, hati tidak tenang, dan umur tidak diberkati.
6. Memelihara hubungan kekeluargaan membawa keberkatan umur dan rezeki, manakala memutuskannya membawa kesempitan hidup dan kemurkaan Allah.
7. Hadis di bawah ini juga memberi amaran dan juga peluang bahawa selama belum mati, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaiki kesalahan. Tidak semua dosa menunggu hari pembalasan. Ada dosa yang dibalas segera di dunia, seperti hidup susah, tidak diberkati, dihina, tidak tenang, ditimpa bala dan sebagainya.
Info Yang Anda Cari:
Hadis Dari HR Abu Daud Tentang Tiga Dosa Disegerakan Balasannya Di Dunia
حَدَّثَنَا بَكَّارُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلاَّ الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، أَوْ قَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ
"Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali perbuatan zalim (melampaui batas), derhaka kepada kedua ibu bapa, dan memutuskan silaturahim. Sesungguhnya Allah akan segerakan hukuman ke atas pelakunya di dunia sebelum kematiannya." (HR Abu Daud No: 4902) Status: Hadis Sahih
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



2 Comments
Terima kasih perkongsiannya.
ReplyDeleteMoga kita sentiasa muhasabah diri.
Semoga kita sentiasa beringat
ReplyDeleteTqq beri peringatan yg sgt berguna ini
InsyAllah
Perkongsian yg sgt bermanfaat
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.