Info Yang Anda Cari:
Beli Croissant & Pastri Artisan Di Loaf Adam, Larkin
Roti apa yang viral sangat di Loaf Adam tu? Kalau korang nak tahu, Loaf Adam ni cafe dan kedai pastri popular yang terletak di Johor Bahru. Ada macam-macam pilihan pastri artisan, roti, kopi, serta hidangan pencuci mulut yang kreatif. Semua menu atau roti yang dijual tak murah ya harganya. Mungkin kerana kerja-kerja belakang tabir nak buat roti & croissant semua tu tak mudah taw.


Croissant buatan tangan pula lembut dengan kulitnya cukup rangup. Aromanya pula cukup membuka selera. Bau kopi, coklat, cream susu dan pelbagai aroma menusuk hidung, hinggakan perut yang kenyang rasa lapar balik. Haa... Gitulah persepsi saya bila masuk kat Loaf Adam. 😅😅





Apa itu pastri artisan? Berikut penjelasannya - makanan artisan merujuk kepada hasil air tangan tukang masak menggunakan kaedah tradisional, bahan-bahan alami tanpa pengawet dan mengambil masa lebih panjang untuk dibuat.
Golongan dipanggil artisan itu juga mengambil masa bertahun-tahun, ada kalanya sehingga ke luar negara, untuk memperhalusi kemahiran masing-masing.

Di bawah ni adalah menu di Adam Loaf, antara menu yang sempat saya capture. Air, pasta, menu tradisi pun ada...


Jom layan gambar menu roti/ loaf/ croissant yang saya beli. Oleh kerana rupa kejadian pastri & roti yang begitu menggoda, saya ambil macam-macam perisa.







Golongan dipanggil artisan itu juga mengambil masa bertahun-tahun, ada kalanya sehingga ke luar negara, untuk memperhalusi kemahiran masing-masing.
“Membuat roti yang artisanal ini, kita kena mempunyai kepakaran tinggi kerana harus berkali-kali membuat lapisan adunan dan sebagainya. Oleh itu kemahirannya penting apabila membuat croissant dan lain-lain lagi,” kongsi pembuat roti.

Antara Menu Di Loaf Adam
Di bawah ni adalah menu di Adam Loaf, antara menu yang sempat saya capture. Air, pasta, menu tradisi pun ada...

Apa yang kami order?
Order tak banyak tetapi harganya yang tinggi menjadikan jumlah pembelian pun jadi tinggi. Jumlah perbelanjaan termasuk SST adalah RM161.30.. pesan pada anak bujang 2 orang tu makan kena habiskan.. hehe
Menu dia nak sebut pun terbelit lidah, kami hanya tunjuk-tunjuk dan bayar. Boleh rujuk resit jika nak tengok menu 😅👌

Cuba lihat menu ini ;
1. Pecan Praline Crombloni - RM19.50
2. Pain Au Chocolat - RM25-00
Kedua-duanya sedap, luar dalam rasa coklat, rangup.. tapi, kena makan sewaktu masih panas untuk merasai ketulenan rasanya!!
Jika korang teringin sangat nak makan pastri/ loaf dari mana-mana kedai, beli untuk rasai pengalamannya. Roti yang diuli secara manual, berulang-ulang buat loaf / croissant dia memang susah ya. Dan rasanya dan tekstur dia. memang sedap mengikut tanggapan kami! Bye!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.