
Mengapa Enggan Berdoa, Allah Murka?
Mari kita renungkan bersama-sama. Kenapa Allah murka kepada mereka yang enggan berdoa?
1. Berdoa kepada Allah adalah ibadah dan manifestasi kehambaan kepada Allah.
2. Allah SWT menyukai hamba yang berdoa dan meminta kepada-Nya.
3. Keengganan meminta dan berdoa kepada Allah menunjukkan sifat kesombongan.
4. Doa menunjukkan pengakuan bahawa manusia faqir dan sentiasa berhajat kepada Allah.
5. Doa memperlihatkan kemuncak ketundukan dan kebergantungan seorang hamba kepada Allah. Orang yang meminta mengakui kelemahan dirinya dan kekuasaan Tuhannya.
6. Seorang mukmin hendaklah berdoa dengan tawaduk, yakin dan bersangka baik kepada Allah.
7. Allah murka kepada mereka yang sengaja tidak berdoa.
8. Jangan hanya berdoa kerana kita mempunyai masalah. Berdoalah kerana kita sentiasa mempunyai Tuhan yang Maha Mendengar, sedangkan kita sentiasa merupakan hamba yang berhajat kepada-Nya.
Info menarik Juga...
عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù…َÙ†ْ Ù„َÙ…ْ ÙŠَدْعُ اللَّÙ‡َ سُبْØَانَÙ‡ُ غَضِبَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya." - (HR Ibn Majah No: 3827 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih.
Berdoalah dan meminta apa saja kepada Allah. Jangan sekutukan Allah. Berdoa menambahkan keyakinan kita untuk hidup dengan lebih baik dan bertanggungjawab.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.