
Begitulah kehidupan yang perlu di jalani, anakku! Baru kamu tahu, dicelahan kesibukan waktu menuntut ilmu, akan ada keramahan kenalan baru untuk kamu menjalin silaturrahim. Ada ketikanya kamu di angkat mulia. Dan yang pasti, musafirmu adalah fii sabilillah.
Info menarik Juga >>>
Ini Harinya - Selamat Jalan Anakku!
Perpisahan ini hanyalah sementara. Bukan selamanya, anakku.
Memang ini semua telah di rancang. Telah lama kita merancang bersama, dan harinya tiba jua. Alhamdullah, Allah mengizinkan rancangan kita anakku. Pemergianmu bukan proses satu hari atau 100 hari. Tetapi ia telah bermula sejak kamu keluar dari rumah pada usia 13 tahun lagi, untuk kembara mencari ILMU.
Ingatlah pesanan Imam syafii...
1. Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang


2. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.
3. Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
4. Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
5. Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam. Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
6. Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

7. Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.
8. Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.
9. Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang (menjalin silaturrahim).
Tetaplah jaga adab dan akhlak. Kerana ilmu tanpa adab ibarat pedang tanpa sarung atau pohon tanpa buah yang kelihatan hebat tetapi tidak memberi manfaat.
Dan hiduplah baik-baik.. beri sebanyak manfaat kepada orang lain!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Semoga anaknya dapat belajar dengan baik di negara orang, pandai jaga diri, dan dipermudahkan segala urusan belajar. 🤲
ReplyDelete