Info menarik Juga >>>
Lunch Di Nasi Beriani Wak Gondan, Yong Peng
Menu lauk apa yang kami makan? Apalagi? Lamb shank la. Ketiga-tiga kami anak beranak memilih lamb shank kerana terbayangkan kelembutan, juicy dan rasanya yang amat sedap seperti pengalaman yang lepas-lepas.


Kalau tengok gambar di atas, set kami bertiga sama je - nasi beriani lamb shank. Cuma bezanya saya makan dengan papadom, En suami dengan salad timun manakala anak bujang sulung ku ambil kedua-dua papadam dan salad timun (acar timun). Citarasa yang berbeza 😅😅


Untuk info, korang boleh makan set dulang atau set berasingan, terpulang pilihan masing-masing.
Pengalaman kali ini makan set beriani lamb shank adalah daging nya agak keras sedikit tetapi masih boleh di makan sampai habis. Sebelum ini 2 kali kami pergi, lamb shank dia sangat lembut,, berderai dan juicy. Mungkin kualiti yang sedikit berubah adalah disebabkan mereka terpaksa melayani kehadiran pelanggan yang sangat luar biasa, maka hal tersebut terlepas pandang. But overall masih sedap juga.


Sewaktu kami sedang makan pun, orang masih beratur tak putus-putus. Kalau memang dah rezeki, orang akan datang juga walau harganya pun boleh tahan juga. Tapi yang bagusnya, di NBWG ni korang boleh je nak mintak nasi beriani dia tinggi menggunung atau sekadar separuh senduk, hihi. Mintak je nasi banyak-banyak jika korang rasa satu senduk tak cukup!! Jangan risau, nasi lebih dia tak caj lebih..
Sebagai panduan korang yang nak makan di NBWG, kos makanan kami adalah RM153.00 untuk 3 pinggan nasi beriani lamb shank dengan RM9.00 untuk 3 cawan air. Jumlah keseluruhan adalah RM172.00. Apa pandangan korang dengan harga tersebut?? Bagi kami, masih okay lagi dengan harga yang di bayar memandangkan kami pernah makan satu set beriani lamb shank di restoran lain dengan harga RM76.00 satu set.
Tambahan - harga lamb shank tertakluk saiz jugak, dan boleh cecah RM54.00 seketul jika saiznya besar. Memang ada beza-beza sikit 👍👌
Untuk set lain seperti beriani ayam, daging atau kambing, harga nya adalah berpatutan.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.