Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Aynora
5
Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai. Lunch tetap kena ambil walau hati teringat-ingat dengan anak bongsuku. Sedang apa lah dia sekarang ni? Kat Malaysia pukul 12.00 tengahari kalau di Egypt sekitar pukul 6.00 pagi. So, kena tunggu petang sikit baru boleh VC dengan dia. Tapi saya perasan setiap budak lelaki memang tak heran nak rindu dendam kat mak bapak depa. Bukan apa.. mereka sebenarnya pandai menyorok perasaan masing-masing. Kalau betul-betul ada yang urgent, baru kelam kabut nak contact kita. Anak sulung dulu pun macam tu. 😇😇

Berbalik pada nasi kukus ayam Thai, kami beli pada satu set RM11.00., memang agak murah jugak la dengan portion yang banyak.

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Info menarik Juga >>>

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai


Nasi kukus ayam Thai memang tak jemu di makan. Paling tidak sebulan sekali mesti beli set nasi ayam Thai ni. 

Set nasi ayam thai termasuklah nasi kukus, 1/4 ayam bakar yang disiram dengan sambal kicap, sos thai pedas manis, ulaman berserta sup. Memang sedap sangat. 



Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Sos thai dia pedas giler tapi ada rasa manis sikit. Jadi, walau pedas tetap habis dimakan. Pedas-pedas sedap!!👍👍

Makan Tengahari Dengan Set Nasi Kukus Ayam Thai

Nasi ayam kukus Thai ni rasa kicap dia sedap meresap ke dalam isi ayam, rasa ayam yang diperap sebelum di panggang. Memang asli betul la macam masakan Thai.

Lain kali kami akan order lagi, sehinggalah rasa puas makan, kami akan stop order. Cakap dengan anak bujang sulung suruh dia masak ayam Thai ni, dia kata boleh je. Dalam kepala dah berfikir nak beli bahan-bahan yang diperlukan dan boleh lah dia masak untuk hujung minggu nanti.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

5 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Rasa macam pernah beli juga kat gerai tepi jalan. Sedap juga kan. Sos tu pun sedap.

    ReplyDelete
  2. Bukan anak lelaki je Kak...anak perempuan pun gitu...xdenya la dia nak call mama ke msg mama dia ke...bila ada perkara penting baru call..my daughter memang very independent..dengan ayat sarcastic dia..dia x macam anak perempuan biasa yang lemah lembut..perwatakkan kasar macam lelaki, girls thing semua x suka..suka bab kasar2...lately ni je nampak sedikit perubahan ke arah kewanitaan...hehehe..sedapnya nasi kukus ayam Thai tu...tergoda selera SA...

    ReplyDelete
  3. Betul, anak lelaki kadang nampak steady saja, tapi bukan bermakna tak rindu 😊 Cara mereka tunjuk perasaan memang berbeza. Bila ada hal penting, mak ayah juga yang dicari dulu. ❤️

    ReplyDelete
  4. sedapnya...MZ mcm tak pernah mkn set ayam gini.... anak lelaki saya...my eldest tu..close dgn MZ..dan uni plak dekat dgn rumah, so dia kerap dok rumah wpun memang amik jugak bilik kat hostel tu(mahallah)

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap nasi ayam Thai ni, tapi Sy lebih tertarik dgn pinggan yg cantik tu :)

    Anak lelaki kadang dia tak nak ibunya risau, jadi dipendam rasa rindu tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top