Yang leganya tu bila pihak konsultan yang menguruskan anak-anak saya dan rakan-rakannya yang lain telah menyediakan rumah sewa yang berdekatan universiti. Dia pulak dapat tingkat 5, tetapi terus bersyukur juga kerana penempatan telah tersedia. Taklah kita risau anak-anak jadi gelandangan pulak kat negara orang, kan.. 😂😂




Info Yang Anda Cari:
Persiapan Terakhir Untuk Si Bongsu Sebelum Penerbangan Ke Egypt
Walau rasa macam tak habis-habis beli barang-barang sidia, tetap juga kena beli. Antara misi yang kami nak cari di Aeon, Taman U pada kali ini adalah:
1. Cadar super single / sarung bantal (3 set) - ✔️
2. Seluar dalam (tambahan) - ✔️
3. Tukar duit USD, untuk persediaan/ emergency (urusan dengan universiti semua guna matawang USD) - ❌
4. Seluar sukan - ✔️
5. Microphone - ✔️
6. Sandal - ✔️
7. Kasut ibu (3 pasang) 😅😅 - kita funder, nak kena reward diri sendiri jugak - ✔️
Untuk semua perbelanjaan di atas, kosnya adalah RM884-00. Ditolak RM300-00 untuk kasut saya, maka dia punya je dekat RM584-00. Nanti kat hujung entri bersiri berkaitan persediaan anak bujang saya nak pergi belajar, saya akan totalkan semua kos untuk rujukan dan panduan pembaca yang bersesuaian.
Bila kita dah ready, semua barang yang dicari dapat ditemui. Alhamdulillah.
Jom la layan gambar yang sempat di snap oleh jurugambar tak professional.. hihi


![]() |
| Saiz sandal 12, sama je adik dan abangnya.. |
![]() |
| Ini sandal funder/ mem besar, saiz 9 ... hihi |


![]() |
| Sebab suka dengan sandal Crocodile - terus amik 3 pasang 3 warna |
Sebelum itu, kami baru balik dari Baitulmal Johor untuk tandatangan surat perjanjian pinjaman si dia. Itu pun dah selesai. Tinggal tandatangan penjamin pertama dan kedua je. Semua urusan yang perlu diutamakan telah pun dapat diuruskan dengan sempurna. Bagusnya pihak Baitulmal, tahu budak-budak satu batch dengan anak kami dah nak terbang minggu ni, mereka terus uruskan tandatangan dokumen mana yang perlu.
Pakaian untuk semua aktiviti telah pun selamat di masukkan ke dalam bagasi. Penuh satu bag dengan pakaian sahaja.
Lagi satu bag kita akan masukkan kasut, ubatan, perencah segera dan pack makanan yang bersaiz kecil, ubatan, iron, dan lain-lain lagi kalau masih boleh muat. Juga cadar dan seluar sukan tambahan.
Hand carry bag dia, kami akan masukkan satu set baju & seluar, lab coat, blazer, towel, pack ubat gigi, berus gigi, dan syampo mini, supplement dan baju sejuk. Mana-mana yang sesuai, kami akan mix and match kan mana-mana bag yang masih boleh diisi.
Semoga semua urusan yang telah kami sediakan ini di dalam perancangan Allah, kerana DIA sebaik-baik perancang.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.