Resepi Air Berjus Untuk Diet

Aynora
1
Resepi Air Berjus Untuk Diet. Air berjus amat bagus untuk diamalkan, dan juga sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Kebanyakannya air berjus disediakan hanya dengan mengisar, perah atau potong-potong saja. Kalau buat air detox lagi lah mudah. Hiris kecil-kecil buahan yang diperlukan dan rendam dalam botol. Simpan sejuk dalam peti ais semalaman. Esok pagi dah boleh minum. 

Sewaktu viral orang buat air detox dulu, saya lah orang yang rajin buat dan simpan dalam peti ais banyak-banyak. Sekarang dah tak rajin. Hehe..

Info menarik Juga >>>

Resepi Air Berjus Untuk Diet


Korang tengah diet ke? Tak tau nak minum air jus apa untuk diet korang? Di bawah ini ada resepi yang sesuai untuk dicuba.

Resepi Air Berjus Untuk Diet
Sumber - Pinterest

1. Green detox

Amalan green detox (sama ada dalam bentuk jus sayuran hijau, smoothie, mahupun suplemen herba hijau) adalah untuk menyokong proses penyingkiran toksin semula jadi badan, meningkatkan tenaga, dan memperbaiki sistem pencernaan. Macam dia bagi tubuh kita 'berehat'.

Kisar/perah semua bahan di bawah untuk dapatkan jus yang sedap!

1 biji timun
1 biji epal hijau
1 tangkai daun seleri
1 mangkuk kecil bayam
1/2 biji lemon
1/2 inci halia

2. Beet Booster


Beet Booster (atau suplemen berasaskan beetroot/ubi bit) adalah untuk meningkatkan stamina, melancarkan aliran darah, dan menyokong kesihatan jantung. Jus jenis ini biasanya berfungsi sebagai suplemen kecergasan (pre-workout) atau kesihatan harian yang memanfaatkan kandungan nitrat semula jadi daripada ubi bit (beetroot).

1 biji ubi merah (beetroot)
1 biji lobak
1 biji epal
1/2 biji lemon
1/2 inci halia

🩸 Lemon, epal, lobak, ubi merah & halia diperah untuk dijadikan jus segar. Ia termasuk Vita booster untuk nutrien harian.

3. Fat burner


1 biji limau mandarin
1 biji Oren
1/2 biji lemon
1/2 inci halia

🩸 Blend semua bahan dan kemudian perah airnya.

4. Tummy Cleanse


1 hiris nenas
1 biji timun
1/2 biji lemon
Daun pudina
1/2 inci halia

🩸 Blender semua dan perah untuk ambil airnya

5. Hydration Boost


2 cawan buah tembikai
1/2 biji timun
1/2 biji lemon
Daun mint/ pudina secukupnya

🩸 Blender semua item dan perah untuk dspatkan jusnya

6.  Immunity Boost


Tujuan utama immunity booster (pemberian nutrisi, makanan, atau gaya hidup) adalah untuk meningkatkan dan mengoptimumkan fungsi sistem kekebalan tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Berdasarkan maklumat daripada Halodoc dan rujukan perubatan lain, berikut adalah matlamat dan kelebihan utama penggunaan immunity booster:

a) Mencegah jangkitan: Membantu badan melawan kuman, virus, dan bakteria penyebab penyakit berjangkit dengan lebih berkesan. 
b) Mengurangkan rasa letih: Menjaga badan agar lebih bugar, bertenaga, dan tidak mudah lesu terutamanya ketika menghadapi aktiviti harian yang padat.

1 biji buah Oren
1/2 biji lemon
1/2 inci kunyit atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 inci halia
Sedikit serbuk Lada hitam

🩸 Perah/kisar semua bahan/buah di atas untuk dapatkan jus yang segar.

Okay korang, boleh cuba resepi jus di atas ya, kalau korang tau masalah yang dihadapi, boleh pilih jus yang sesuai untuk diet dan tubuh kita.

Air berjus memang sedap dan menyegarkan, dan amat sesuai untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja. 

Semoga bermanfaat. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Banyak sebenarnya air detox boleh buat ni kan, cuma rajin dan tak rajin je. Saya dulu hari-hari minum air lemon. Rasanya, nak mula semula la.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top