Okay, ada yang terfikir bolehkah daun salam di makan mentah sebagai ulam? Boleh je tapi agak jarang kerana tekstur daun yang agak keras dan liat. Kebiasaan orang masukkan dalam masakan untuk menyedapkan lagi masakan tersebut.

Info menarik Juga >>>
Kenali Ulam Daun Salam Dan khasiatnya
Kenapa daun salam jarang jadi ulam? Seperti yang di Katakan di atas tadi, daun dari pokok Syzygium polyanthum memiliki tekstur yang agak liat & keras. Rasanya juga kurang sedap jika dimakan mentah.
Aroma daun salam lebih sesuai keluar bila dipanaskan dalam masakan.

Kalau nak jadikan ulam juga, boleh cuba, tapi dengan cara ini:
✔️ Pilih daun muda (lebih lembut)
✔️ Hiris halus-halus
✔️ Gaul dengan ulam lain (pegaga, ulam raja, timun)
✔️ Makan dengan sambal belacan / budu
Biasanya orang akan celur sekejap (blanch) supaya lembut dan kurang rasa keras.
Cara yang lebih biasa, daun salam lebih sesuai dimasak dalam gulai / kari / rendang dan dijadikan air rebusan (teh daun salam).
Manfaat Daun Salam & Cara Penggunaan
1. Menurunkan tekanan darah
Kandungan flavonoid & tanin membantu melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Mengawal gula darah
Ekstrak daun salam dipercayai membantu meningkatkan fungsi insulin, sesuai untuk pesakit kencing manis.
3. Menurunkan kolesterol
Daun salam mengandungi antioksidan yang mengurangkan kolesterol jahat (LDL).
4. Meningkatkan pencernaan
Membantu mengurangkan kembung, cirit-birit ringan, dan masalah gastrik.
5. Mengurangkan sakit sendi & gout
Kandungan eugenol bersifat anti-radang yang melegakan sakit sendi, otot, dan gout.
6. Menguatkan imun tubuh
Daun salam kaya dengan vitamin C, A, serta senyawa antibakteria & antikulat.
7. Mengatasi stres & insomnia
Aromanya menenangkan, membantu tidur lebih nyenyak dan mengurangkan stres.
8. Mengawal berat badan
Air rebusan daun salam membantu metabolisme dan membuang toksin.
9. Mengurangkan bau mulut
Kandungan antibakteria semulajadi membantu kesihatan mulut.
10. Kecantikan kulit & rambut
Air rebusan atau minyak daun salam digunakan untuk mengurangkan kelemumur, jerawat, dan menjaga kesihatan kulit.
Cara Penggunaan / Pengambilan Dan Salam
1. Air Rebusan Daun Salam
Rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas.
Minum suam 1–2 kali sehari (untuk darah tinggi, kolesterol, kencing manis).

2. Teh Daun Salam
Rendam 3–4 helai daun salam dalam air panas.
Boleh tambah madu atau lemon.
3. Minyak Urut Daun Salam
Tumbuk daun salam, campur dengan minyak kelapa/olive, panaskan sedikit.
Sapukan pada sendi atau otot yang sakit.
4. Aromaterapi / Penyegar Udara
Bakar beberapa helai daun salam kering di ruang terbuka untuk melegakan stres & antibakteria.
5. Kegunaan Masakan
Masukkan 2–3 helai dalam sup, kari, atau nasi untuk aroma, sekaligus mendapat khasiatnya.
Peringatan:
• Jangan berlebihan (maksimum 10 helai sehari).
• Tidak sesuai untuk ibu hamil berlebihan kerana boleh merangsang kontraksi.
• Pesakit kronik (ginjal, jantung) elok rujuk doktor sebelum amalan berterusan.
Sumber:
• Facebook - Pertanian satu perniagaan
• Wikipedia
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





1 Comments
Macam pokok serai kayu.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.