
Info Yang Anda Cari:
Jika Ingin Anakmu Sukses...
Ada seorang ulama mengajarkan cara jika mahukan anakmu sukses. Ini antara amalan orang-orang soleh, yang dekat diri dengan Allah S.W.T. Contohilah amalan orang soleh, tak dapat semua, buat sebahagian pun dah bersyukur sangat.
Kalau ingin anakmu suksess, puasalah di hari lahirnya, tahajjud dan doakan dia. Kerana tidak ada penghalang antara doa ibu kepada anaknya! - KH Maimoen Zubair
1. Cara Niat puasa :
Sahaja aku puasa sunat (bln lahir ank anda ikut islam ) kerana Allah taala
2. Cara niat solat tahajjud:
Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah taala
Bolehkah puasa sunat & tahajjud pada hari lahir anak?
Tiada dalil yang menyuruh kita berpuasa pada hari lahir anak.. namun selagi ia membawa ke arah kebaikan kita jalani saja, serah semua pada ALLAH SWT, Dia yang Maha Mengetahui akan niat seseorang.
Ustaz Azhar Idrus - Tiada dalil khusus dalam al-Quran atau hadis yang menetapkan puasa sunat tertentu sempena hari lahir anak.
Namun, ibu bapa atau anak harus berpuasa sunat sebagai tanda syukur atas nikmat kelahiran dan kehidupan, selagi tidak dilakukan pada hari yang diharamkan berpuasa dan tidak menganggapnya sebagai sunnah khusus atau hari perayaan.
Rajin berpuasa sunat pada hari tertentu, ini adalah amalan orang-orang soleh, yang dekat diri dengan Allah S.W.T. Kita yang jahil ni nak buat pun boleh, kalau tak nak buat pun tidak berdosa.
Andai itu usaha untuk kebaikan apa salahnya.. tahajud pula seperti anak panah ditembak tepat ke sasaran.. Jika niat kita baik apa salahnya buat je tak payah berdalil bagai, antara rajin debgan tak je nak bangkit di tengah malam.
Melakukan perkara baik tidak perlukan dalil. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa. Kalau nak buat lebih kebaikan selain yang disebut di atas seperti bersedekah, berinfaq pada hari lahir anak.. tidak mengapa asalkan ia tidak nelanggar batas agama.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.