Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar

Aynora
0
Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar. Bunga Gardenia ni saya beli secara online di Shoppe. Harganya pun murah je, tetapi cabaran nak tanam dia memang agak mencabar. Susah nak tumbuh, tetiba kering tinggal batang je, dan tak berbunga-bunga. Tapi disebabkan malas nak pindahkan dari pasu, saya biarkan saja beberapa ketika. Kononnya nak biar pokok tu berdikari. Eh! tetiba hidup pulak, dah semakin besar pun..

Bunga Gardenia juga dikenali dengan nama Cempaka Hutan bagi orang asli Sabah. Ia cantik dibuat hiasan di kepala, dan juga dikenali sebagai bunga balam di kawasan sana.

Di Malaysia, bunga Gardenia juga biasa dijadikan tumbuhan landskap untuk menghiasi kelilingi rumah atau pejabat, dan juga di tepi highway.

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar
Info menarik Juga >>>

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar


Oleh kerana hati begitu gembira, tadi pagi sempat snap bunga Gardenia tu sebagai kenangan. Warna bunga nya cream, dan bunga tebal berlapis-lapis.

Bunga Gardenia biasanya berkembang menjadi kuntum putih yang cerah dan harum, sebelum beransur-ansur berubah warna kepada kuning krim atau kuning mentega apabila semakin matang dan bersedia untuk gugur. 

Daun-daun di sekelilingnya berwarna hijau tua dan berkilat, serta tumbuh secara bertentangan— ciri tipikal bagi keluarga tumbuhan Rubiaceae.

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar

Jika lihat warna bunga Gardenia tu, maksudnya tak lama lagi gugur la dia. Kerana itulah pusingan warna bunga ya daripada putih kepada warna cream/ mentega. Nasib baik sempat tangkap gambarnya tadi.

Pertama Kali Bunga Gardenia Berkembang Besar

Sambil tu tangkap juga sekeping gambar bunga Kertas ungu yang tak berhenti berbunga. Ada daun atau tidak, bunga tetap utuh di tangkainya. 😅😅

Tadi pagi sempat juga sembur racun serangga kat pokok-pokok kesayangan, kemudian siram sama rata luar dan dalam pagar rumah. Kemudian susun pindah sikit mana pokok yang agak lambat pertumbuhannya agar dapat cahaya matahari.

Begitulah rutin seorang part time gardener. Hehe.. 😂😂🌼
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top