Solat Sunat Rawatib 12 Rakaat Sehari Semalam

Solat Sunat Rawatib 12 Rakaat Sehari Semalam. Apakah maksud rawatib? Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu. 

Solat sunat rawatib digalakkan 12 atau 10 rakaat. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
Info Yang Anda Cari:

Solat Sunat Rawatib 12 Rakaat Sehari Semalam


Solat sunat rawatib 12 rakaat sehari semalan hukumnya sunat muakkad (sunat yang digalakkan). Ada dua jenis muakkad iaitu sunat mu'akkad dan tidak mu'akkad.

Solat Sunat Rawatib 12 Rakaat Sehari Semalam

Penjelasannya seperti di bawah;

• 2 rakaat sebelum solat Subuh (Qabliyyah Subuh)
• 4 rakaat sebelum solat Zuhur (Qabliyyah Zuhur - boleh dikerjakan 2 rakaat 2 rakaat)
• 2 rakaat selepas solat Zuhur (Ba'diyyah Zuhur)
• 2 rakaat selepas solat Maghrib (Ba'diyyah Maghrib)
• 2 rakaat selepas solat Isyak (Ba'diyyah Isyak

Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang menjaga 12 rakaat solat sunat sehari semalam, Allah SWT akan membina baginya sebuah rumah di syurga.

Melakukan solat sunat rawatib adalah sebagai pelengkap dan penyempurna kepada kekurangan yang terdapat dalam solat fardu harian.

Bilangan rakaat solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah 10 rakaat, manakala yang tidak mu’akkad pula ialah 12 rakaat sebagaimana yang telah dijelaskan dalam huraian daripada Maiwp. Namun yang terbaik adalah kita perbanyakkan solat sunat semampu mungkin tanpa mengira samada ia mu’akkad ataupun tidak.

Sumber rujukan:

2. Solat rawatib 10 rakaat dan 12 rakaat
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments