Advertisement

Gambar Chibi Style Dengan Anak Bongsu

Gambar Chibi Style Dengan Anak Bongsu. Semalam saya dah buat Chibi style dengan anak sulung, kini buat dengan anak bongsu pulak. Dia ni agak manja, suka berkepit je dengan ibunya ini. Betapa hypernya semasa kecil, memang takkan dilupa. Ketika sekolah rendah, asyik hilang dari pandangan cikgu. Rupa-rupanys main gelongsor di belakang kantin. Habis baju kuning semua kena tanah, dan muka berminyak tak rupa anak orang.. setiap kali cikgu panggil saya ke sekolah, siaplah kena bawak baju extra. Hmm.. itu semua kenangan yang takkan di lupa!!
Info Yang Anda Cari:

Gambar Chibi Style Dengan Anak Bongsu

Sibongsu kami yang bermata agak sepet, tegas dan teratur budaknya. Sepanjang di asrama, tidak pernah hilang barang. Orangnya suka belanja orang (sedekah katanya) ☺️☺️

Gambar Chibi Style Dengsn Anak Bongsu

Gambar chibi style ni di adaptasi dari gambar lama sewaku si bongsu berusia 4 tahun. Sekarang dia dah berusia 19 tahun. Lama dah kan? Ketika ni dia sangat hyper dan sentiasa mendebarkan kami sekeluarga dengan ragamnya. Membesarkan si bongsu memang kena banyak sabarnya.

Tetapi kami tetap laksanakan hak seorang anak untuk beliau. Iaitu berikan kasih sayang tak berbelah bagi, didikan dan pelajaran setara abangnya, mengajarkan agama tanpa lelah, bersabar dan guide dengan contoh yang baik-baik. 

Kerana setiap anak ada hak untuk berjaya walau bagaimana pun ia bermula. Dari selalu rasa geram dan risau padanya, kini si bongsu membesar dengan menyejukkan mata serta menenangkan hati kami sekeluarga.

Tahniah kepada kedua-dua puteraku! Kalian membanggakan kami di atas jalan yang betul. Semoga kalian terus membesar memberi manfaat kepada orang lain dan mendapatkan manfaat untuk diri sendiri juga.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes

About Us

Aynorablogs - (sejak 2011) - Perkongsian himpunan resepi, infostyle & tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status