Header Ads Widget

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Hari Cuti Deepavali

Advertisement
Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah. Hari ni public holiday sempena cuti Deepavali. Pagi ni saya awal sikit berkebun iaitu sekitar pukul 8.00 pagi dah bermula. Sejak jerebu dah balik ke negara asalnya 😅😅, pokok-pokok saya kembali menghijau, segar dan ada yang sudah mula berbuah. Syukur alhamdulillah. Walau sekadar tanam dalam pasu, pokok-pokok ini pun perlu baja dan belaian tangan kita menjaganya. Kali ni saya mencantas pokok sepit udang, pokok kari, pokok aji no moto, pokok mulberry, pokok lemon dan pokok bunga kertas. 

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah Sempena Cuti Deepavali
Info Yang Anda Cari:

Oleh kerana ada banyak pokok yang semakin tinggi, saya cantas setiap dahan yang semakin meliar, mengerat dedaun yang telah kuning dan kemudian tabur baja subur di akar pokok. Itulah caranya jika kita mahu pokok tanaman kita subur dan menghijau.

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah Sempena Cuti Deepavali

Gambar atas - pokok Kari berdaun lebat. Kurang baunya. Rantingnya pun besar-besar.

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah
Pokok buah longan Brazil. Makin lama makin Rendang pokoknya 

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah

Gambar atas & bawah - Pokok delima yang sedng berbunga dan berubah. Ini entah kali keberapa ia berbuah, tetapi selepas buahnya besar dia jadi kering dan gugur. Harap kali ini dapatlah merasa sampai masak buah delima tersebut.

Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Laman Rumah

Saya bersenang lenang kat rumah sorang-sorang je hari cuti Deepavali ni. Anak bujang keluar bertemu dengan kawannya, dengarnya nak pergi latihan memanah. Yang En suami pula tolong rakannya buat wiring di taman sebelah. Oleh kerana takde orang kat rumah, saya tutup dapur! Kalau lapar nanti order pakcik grab je. Dalam kepala macam nak makan ayam gepok. Hehe.. 
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

5 Comments

  1. Banyak juga pokok-pokok puan tanam. Suka saya tengok

    ReplyDelete
  2. Best bercucuk tanam ni jadi terapi.

    ReplyDelete
  3. Syukurlah jerebu dah hilang, nampak fresh dan menghijau semua pokok lepas dibelai! Moga buah delima kali ni lekat elok sampai masak ranum. Sedapnya plan nak layan ayam gepok tu!

    ReplyDelete
  4. merimbum pokok nya.. saya tak sihat makanya suami dan anak yang siramkan.

    ReplyDelete
  5. Bila ada masa lapang barulah boleh trim & replant semula pokok-pokok yang ada ..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.