Info Yang Anda Cari:
Cara Konsisten Menulis Mengikut Label Dalam Blog
Saya bukanlah blogger yang paling aktif tetapi cukuplah menghasilkan 30 entri sebulan. Itu satu pencapaian peribadi yang baik bagi saya dalam bidang penulisan blog. Apakah yang saya lakukan untuk terus konsisten menulis?

Saya merancang menulis berdasarkan label dalam blog. Contohnya saya ada 10 label seperti tazkirah, himpunan doa, info, keluarga, tips berkebun, resepi, tips sihat, koleksi petua dan motivasi. Maka setiap hari saya akan menulis berdasarkan label berbeza-beza. Sebenarnya penting ya untuk meletakkan label dalam setiap entri yang kita buat. Boleh juga dikatakan WAJIB meletakkan label/ tag dalam entri anda!
Kemudian, saya mula mendraf tulisan dengan meletakkan tajuk, point penting, mencari isi, mencari gambar yang sesuai dan macam-macam keyword yang boleh diletakkan dalam entri.
Berdasarkan label resepi contohnya, saya akan mencari bahan sampingan untuk resepi tersebut, membandingkan beberapa resepi yang sama tentang bahan-bahannya, improvasi mana yang sesuai dengan resepi yang saya buat.
Seterusnya, meletakkan gambar yang menarik kepada entri tersebut, agar ia boleh jadi visible dalam search engine nanti.
Namun, anda boleh je menulis dengan label yang sama berturut-turut jika ketika itu idea tersebut yang sedang mencurah-curah. Contohnya saya suka beli emas. Maka, minggu itu saya asyik menulis je tentang emas, tipsnya, jenis emas atau kedai emas yang memberikan servis tanpa upah. Tetapi, saya tetap cari label yang saya suka nak tulis. Dengan cara ini anda boleh menulis dengan lebih berfokus.
Jadi kesimpulannya, untuk konsisten menulis blog kita kena ada satu cara yang tetap iaitu salah satunya menulis berdasarkan label dalam blogpost kita.
Semoga tulisan di atas memberikan info bermanfaat dalam dunia blog yang kita sertai.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





3 Comments
Susun topik mengikut kategori memang boleh bantu blogger lebih teratur. SR pun rasa cara ni sesuai untuk elakkan blog terlalu lama bersawang!
ReplyDeleteAt least setiap hari ada 1 entri pun dah ok kan.
ReplyDeleteWah, saya suka sangat dengan cara ini, menulis mengikut label memang buat kerja menulis jadi lebih teratur. Yang paling kena bagi saya, penulis konsisten 30 entri sebulan dengan menulis mengikut label, itu satu pencapaian yang besar sangat. Lepas itu ada 10 label seperti tazkirah, himpunan doa, info, keluarga, tips berkebun, resepi, tips sihat, koleksi petua dan motivasi, jadi setiap hari ada saja topik yang boleh ditulis ikut label berbeza. Terima kasih ya sudah berkongsi, saya jadi semangat nak cuba susun label blog saya juga.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.