
Info Yang Anda Cari:
Chrysanthemum, Bunga Untuk November
Bunga untuk bulan November adalah Chrysanthemum. Makna dan simbolik bunga ini merangkumi:-
1. Kebahagiaan dan Kegembiraan: Orang yang lahir pada bulan November sering dikaitkan dengan sifat positif, kehangatan, serta pembawa keceriaan seperti bunga Chryrsanthimum.

2. Makna Berdasarkan Warna:
✔️ Kuning: Keceriaan dan kehangatan.
✔️ Putih: Kemurnian dan kejujuran.
✔️ Merah: Cinta dan kasih sayang.
✔️ Merah Muda: Persahabatan dan kelembutan.
✔️ Putih: Kemurnian dan kejujuran.
✔️ Merah: Cinta dan kasih sayang.
✔️ Merah Muda: Persahabatan dan kelembutan.
Mengapa Chrysanthemum Di Sebut Bunga Untuk November?


Di kawasan hemisfera utara, bunga kekwa adalah antara sedikit bunga yang masih mekar cerah pada lewat musim luruh (November) apabila kebanyakan bunga lain telah layu akibat cuaca sejuk.
Simbol Positif: Ia melambangkan persahabatan, kebahagiaan, optimistik, kekuatan, kesetiaan, dan umur panjang (panjang umur).
Budaya di Jepun pula, ia dianggap lambang umur panjang dan diraikan dalam "Perayaan Kebahagiaan" (serta menjadi mohor rasmi empayar).
Tradisi di negara Cina, ia dikaitkan rapat dengan kekuatan, ketabahan, dan musim luruh.
Manakala, di sebahagian Eropah, ia sering dikaitkan dengan penghormatan dan bunga pusara (kematian).
Chrysanthemum, bunga untuk November. Mereka yang lahir dalam bulan November dianggap personaliti yang setia, tabah dan optimis. Maka, jika benar adanya.. tetaplah begitu hingga bulan berganti tahun.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





3 Comments
Wah, baru tahu bunga chrysanthemum rupanya jadi simbol rasmi untuk bulan November! Cantik sangat maksud di sebalik warna-warna dia tu.
ReplyDeleteCantiknya bunga ni berkembang, Masha Allah tabarakallah
ReplyDeleteBulan November bulan birthday CCL..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.