Header Ads Widget

Chrysanthemum, Bunga Untuk November

Advertisement
Bunga Chrysanthemum - Bunga Untuk November! Hari ini Novembar, esok pun masih November. Bunga untuk November pun ada ya, iaitu Bunga Krisantimum (bunga kekwa). Bunga kelahiran untuk bulan November adalah Bunga Krisan (Chrysanthemum), yang melambangkan kebahagiaan, harapan, kegembiraan, dan kesetiaan. Kalau ada kawan-kawan dan orang tersayang yang menyambut birthday mereka dalam bulan November, bolehlah hadiahkan mereka sejambak bunga kekwa! Dari macam-macam bunga yang ada, mengapakah bunga Chrysanthemum jadi bunga rasmi bagi bulan November? Adakah kerana warna utamanya iaitu warna kuning yang menyala menunjukkan sisi personaliti yang sesuai bagi bulan November? Mari kita baca penjelasannya di bawah ini.

Chrysanthemum, Bunga Untuk November
Info Yang Anda Cari:

Chrysanthemum, Bunga Untuk November


Bunga untuk bulan November adalah Chrysanthemum. Makna dan simbolik bunga ini merangkumi:-

1. Kebahagiaan dan Kegembiraan: Orang yang lahir pada bulan November sering dikaitkan dengan sifat positif, kehangatan, serta pembawa keceriaan seperti bunga Chryrsanthimum. 

Chrysanthemum, Bunga Untuk November

2. Makna Berdasarkan Warna:

✔️ Kuning: Keceriaan dan kehangatan.
✔️ Putih: Kemurnian dan kejujuran.
✔️ Merah: Cinta dan kasih sayang.
✔️ Merah Muda: Persahabatan dan kelembutan.

Mengapa Chrysanthemum Di Sebut Bunga Untuk November?


Ramai yang bertanya mengapa bunga kekwa disebut sebagai bunga kelahiran bagi bulan November. Bunga chrysanthemum (atau bunga kekwa) dipilih sebagai bunga kelahiran bagi bulan November kerana gabungan faktor musim semula jadi, sejarah panjang di Asia serta simbolik yang mendalam.

Chrysanthemum, Bunga Untuk November

Chrysanthemum, Bunga Untuk November

Di kawasan hemisfera utara, bunga kekwa adalah antara sedikit bunga yang masih mekar cerah pada lewat musim luruh (November) apabila kebanyakan bunga lain telah layu akibat cuaca sejuk.

Simbol Positif: Ia melambangkan persahabatan, kebahagiaan, optimistik, kekuatan, kesetiaan, dan umur panjang (panjang umur). 

Budaya di Jepun pula, ia dianggap lambang umur panjang dan diraikan dalam "Perayaan Kebahagiaan" (serta menjadi mohor rasmi empayar).

Tradisi di negara Cina, ia dikaitkan rapat dengan kekuatan, ketabahan, dan musim luruh.

Manakala, di sebahagian Eropah, ia sering dikaitkan dengan penghormatan dan bunga pusara (kematian).

Chrysanthemum, bunga untuk November. Mereka yang lahir dalam bulan November dianggap personaliti yang setia, tabah dan optimis. Maka, jika benar adanya.. tetaplah begitu hingga bulan berganti tahun.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah, baru tahu bunga chrysanthemum rupanya jadi simbol rasmi untuk bulan November! Cantik sangat maksud di sebalik warna-warna dia tu.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga ni berkembang, Masha Allah tabarakallah

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.