Header Ads Widget

Ikhlas Itu Sangat Powerful!

Advertisement
Keikhlasan. Ikhlas Itu Sangat Powerful! Kenapa ia sangat bernilai? Untuk siapa ikhlas tersebut? Apakah kita boleh nampak akan ikhlas? Susah nak nampak ikhlas ya, ia seperti semut hitam yang berjalan di malam yang gelap.. memang tak nampak dan sukar dinilaikan. 

Keikhlasan, dari kata ikhlas.. senang nak sebut tapi tak dapat dirasa. Orang lain pun keliru nak menilai apatah kita sendiri yang cipta. Ramai orang boleh kata ikhlas, tapi nak wujudkan ia tu yang perit dan pedih. Terutama apabila saat kita diuji.

Keikhlasan itu tidak nampak & ia tak perlu ditunjukkan. Allah akan menampakkan hasil dari keikhlasan itu. Orang yang ikhlas kepada Allah seperti orang yang berjalan diatas pasir tidak terdengar suara langkahnya akan tetapi terlihat bekas jejaknya. (Ibnu Mas'ud).

Ikhlas Itu Sangat Powerful!


Keikhlasan boleh membuat amal yang kecil bernilai besar. Ikhlas itu sangat powerful. Jika kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, dengan izin Allah swt kita akan memperolehi keberkatan dariNya. 

Ikhlas Itu Sangat Powerful!

Jika hati sudah tertawan dangan rasa ikhlas, sejahat apapun orang lain menyakiti, hati kita tak akan merasa sakit lagi. 

Tiada ubat yang dapat sembuhkan sakit hati kecuali keikhlasan. Bintik hitam dimuka lebih baik daripada bintik hitam dihati kerana Allah tidak pandang rupa kita, tetapi Allah pandang hati kita.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan. Jangan hanya sebut dilidah tanpa keinginan yang kuat dalam hati.

Ya Allah, jadikanlah aku di antara orang-orang yang apabila berbuat baik mereka gembira dan apabila berbuat jelek mereka meminta ampun... Aamiin..
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

4 Comments

  1. Perkongsian yang sangat berguna. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Betul, ikhlas tu nampak mudah disebut tetapi bukan senang nak diamalkan. 🌷 Kadang-kadang kita rasa dah ikhlas, rupanya masih mengharapkan penghargaan. Semoga kita sentiasa belajar melakukan kebaikan tanpa terlalu mengharapkan balasan daripada manusia.

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat! Ikhlas ni bukan sekadar pada kata-kata, tapi kena datang dari hati. Tak mengharapkan balasan, tak berkira dan tak perlu menunjuk.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.