Panduan Membuat Pinjaman Bank

aynora nur | 10 November, 2012,9:07 PM |
Advertisement
As-salam,

Mungkin sekarang ni ramai yang berkira-kira mahu membeli rumah tetapi tidak tahu caranya ataupun malu bertanya dengan pihak yang berkenaan. Jangan malu bertanya, kalau tidak sampai bilapun kita tidak dapat memiliki harta yang diidam-idamkan. Betul tak?

Cuba teliti panduan berikut sebagai rujukan:

1. Perancangan kewangan

Sekiranya anda merancang nak beli rumah pada tahun ini, rancang perbelanjaan bulanan, hutang semasa yang tertunggak dengan bank kerana ia merupakan komitmen/tanggungan yang akan diambil kira untuk membuat pinjaman seterusnya, merancang simpanan yang sepatutnya, mencari sumber pendapatan sampingan dan sebagainya.

2. Kadar semasa

Teliti kadar pinjaman asas (BLR) yang ditawarkan oleh Bank, apakah promosi yang ada, apakah terdsapat pakej yang dapat meringankan beban kewangan dan juga pilih Bank yang banyak cawangan dan memiliki kredibiliti yang kukuh. Tentu korang pandai membuat pilihan, kan? Pilih kadar yg berubah-ubah ataupun tetap?

3. Dokumen yang lengkap

Sediakan dokumen asas yang berkaitan untuk membuat pinjaman dengan Bank seperti slip gaji, surat majikan, penyata EPF (KWSP), Borang J (Penyata Cukai Pendapatan), Salinan Penyata Bank dan lain2 dokumen yang difikirkan perlu.  

 4. Tahu tentang caj-caj yang dikenakan

Nak buat pinjaman Bank pun kena tahu tentang caj dan fees yang dikenakan. Yuran pemprosesan juga kena tanggung dan kenaan denda jika anda langgar perjanjian dalam surat tawaran.

Bila sudah bersedia, segera pilih harta yang mahu dibeli dan hantar dokumen yang disebutkan di atas untuk diproses. Bank biasanya mengambil masa 1 - 2 minggu untuk memberikan jawapan samada permohonan anda lulus atau sebaliknya.

p/s: Saya sudah buat pinjaman berkali-kali dengan Bank, tetapi masih BERHATI-HATI memilih.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Panduan Membuat Pinjaman Bank"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top