Saya kongsikan satu posting dari media sosial yang dirasakan amat bermanfaat untuk dijadikan sebuah renungan dalam kehidupan. Sesiapa yang berkehendakkan kebaikan dalam hidupnya, maka dia hendaklah terlebih dahulu berbuat baik.
5 Tanda Orang Yang Baik Dan Bijak

1. Wajah yang sentiasa menggembirakan
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyuman, hangat percakapan, dan kehadirannya sentiasa dirindukan.
2. Tutur bahasa yang indah
Dia memiliki tutur bahasa yang indah biarpun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.
3. Hati yang menyenangkan
Hati adalah cermin sikap peribadi seseorang. Sikap dan kelakuannya memberikan rahmat bagi orang sekelilingnya. Kehadirannya memberikan manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.
4. Berlapang dada
Jiwanya terbuka, jujur, berterus terang dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih dan bijaksana dalam membuat keputusan.
5. Tangan yang sentiasa terbuka
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu diminta pun dia akan peka untuk membantu.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.