Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Membangun Potensi Pelajar

aynora nur | 23 April, 2013,8:06 PM |
Advertisement
Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan mulai 1 Januari 2011 bagi murid tahun satu. Mengapakah PBS diwujudkan dan diperkenalkan? Ia adalah disebabkan aspirasi falsafah pendidikan negara tidak tercapai dengan kurangnya penekanan terhadap jasmani, emosi, rohani dan intelek sebelum ini.

Selain daripada itu, dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan, penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum sangatlah kurang.

Pengiktirafan keterlaluan terhadap pencapaian akademik semata-mata di mana memberi tekanan kepada murid, guru dan ibubapa.

Sebelum ini, kita lebih fokus menilai hasil akhir, berbanding proses pembelajaran itu sendiri. Ini mengakibatkan pengabaian pembentukan modal insan yang cemerlang.

Apakah Konsep PBS? 

PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek koignitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang akan dinilai dalam PBS?  



Definisi Setiap Jenis Pentaksiran

Sebagai makluman, 

PP = Pentaksiran Pusat
PS = Pentaksiran Sekolah
PPsi = Pentaksiran Psikometrik
PAJSK = Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kesihatan
                                   


Definisi setiap jenis pentaksiran:

a) Pentaksiran Pusat
Dilaksanakan di sekolah dengan menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Disini, tempoh masa penilaian bagi satu-satu instrumen agak singkat.

b) Pentaksiran Sekolah
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya dengan berpandukan deskriptor standard prestasi yang ditetapkan oleh kementerian bagi setiap matapelajaran teras dan matapelajaran elektif (pilihan).

c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kesihatan
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya, di mana segala aktiviti ko-kurikulum, tahap kecergasan diri dan tahap kesihatan pelajar akan dinilai serta direkodkan.

d) Pentaksiran Psikometrik
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya oleh guru kaunseling. Ujian aptitud dicadangkan kepada semua pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan, kekuatan, kelemahan, minat serta bakat pelajar. Manakala inventori personaliti tidak wajib bagi pelajar di mana ia bertujuan mengenalpasti ciri-ciri perilaku pelajar.      


Definisi setiap tahap (band) yang digunakan dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

***Semakin tinggi tahap (band) yang dicapai oleh pelajar makan semakin berkualiti seorang pelajar



Tentu ramai di antara kita tak berapa ambil tahu atau faham tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kita menyerahkan bulat-bulat tugas mengaplikasikan PBS kepada guru-guru semata-mata. Tahukah anda, setelah saya baca brocure/risalah khas berkaitan PBS, sebenarnya PBS memerlukan campurtangan kita yang sama banyak dengan tugas guru.

Apakah kita mahu anak kita berada pada BAND 1 sahaja ataupun paling tidak berada di BAND 4? Fikir dan renungkan bersama-sama!

Masa depan anak-anak kita adalah di tangan semua pihak yang saling bekerjasama demi menghasilkan generasi seimbang akademik dan holistik.

Selamat membaca, ambil tahu dan happy selalu!  

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Membangun Potensi Pelajar"

tak apa, pelan-pelan...lama2 pandai & expert la..

Dah tahu Band nie dari awal tahun lepas lagi guru besar dah beritahu, tapi konsep penggunaan tak smooth sebab bila saya pergi meeting PIBG then ask teacher dia beritahu macam tak clear jer....tak tahu anak saya band yang mana....

Sukma tak tengok laporan sekolah ke? Rasanya pada akhir tahun atau akhir penggal, cikgu akan tulis pada laporan keputusan pelajar. Sekarang tak pakai A - E dan sebaliknya, yg saya tahu guna band 1 hingga 6.

Anak yg bersekolah kita pun disekolahkan, hihi

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top