Header Ads

Cara Mengenal Pesona Peribadi Anda


Advertisement
Cara Mengenal Pesona Peribadi Anda - Pesona peribadi juga dikenali sebagai aura seseorang individu yang terpancar dari dalamannya hinggakan boleh membawa pengaruh dan kesan positif terhadap orang sekelilingnya. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah, jika kita memiliki aura positif, orang sekeliling berasa kehilangan jika kita tiada.



Mengenal Pesona Peribadi Anda

Adakah anda memiliki aura positif atau pesona diri yang saya maksudkan di atas?

Antara ciri-ciri pesona peribadi adalah:-

1. Seseorang yang tampil begitu berkesan,, rasa percaya dirinya tinggi
2. Selalu nampak selesa dalam setiap keadaan
3. Rapi dan menarik
4. Memiliki gerak geri yang sesuai ketika berkomunikasi dalam perbualan
5. Memahami etika kesesuaian dan mampu mengendalikan emosinya ketika berbicara
6. Memiliki karisma yang tinggi terhadap lingkungannya
7. Pergaulannya luas meliputi berbagai golongan dan tingkat sosial

Bagaimana seseorang memperoleh pesona peribadi tersebut. Sebenarnya untuk meraih pesona peribadi ia memerlukan masa yang panjang. Melalui proses tersebut keperibadian seseorang akan menjadi lebih matang. Kerana kematangan psikologinya, seseorang pada tingkat tertentu akan berubah menjadi lebih mempesonakan.

Pesona peribadi boleh dikembangkan dengan dua cara:-


1. Dengan mengolah tenaga dari dalam diri kita, sehingga tubuh kita memancarkan tenaga sesuai dan dengan yang diinginkan.

2. Dengan melatih diri mengembangkan aspek-aspek psikologi agar lebih matang dengan melalui latihan-latihan, senaman tertentu, meditasi dan banyak lagi.

Dalam zaman serba canggih ini pesona peribadi boleh di asuh dari awal remaja lagi memandangkan kini banyak kolej yang menawarkan pakej pendidikan yang seimbang antara pendidikan dan membina sahsiah diri.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menampilkan pesona diri masing-masing dengan menjadikan cara mengenal pesona peribadi di atas sebagai panduannya. Semoga kita mampu menjadikan persekitaran kita lebih positif dan dinamik.

Selamat berjaya menemui pesona peribadi anda!

Sebarkan Bahagia:
Advertisement

6 comments:

  1. sedang berusaha untuk mencari aura tu....terima kasih berikan tipsnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, saya pun on the way untuk menampilkan pesona peribadi...

      Delete
  2. Info yg menarik.semoga kite sama2 dapat mengenal pesona diri masing-masing. ^_*
    www.marissaaiman.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. antaranya dengan banyak senyum dan berlapang dada

      Delete
  3. susah nak jadi macam ni..ada aura disekliling orang...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.