Kenali Personaliti Wanita Hebat

aynora nur | 21 February, 2014,3:12 PM |
Advertisement
Kenali Personaliti Wanita Hebat - Saya mahu menjadi wanita hebat. Hebat kerana cantik, pintar, kaya, memiliki kerjaya yang bagus dan pasangan hidup yang kaya! Itu ke ciri-ciri wanita hebat yang kita inginkan? Adakah kecantikan akan kosong jika tanpa kepintaran? Atau, wanita hebat mesti digambarkan sebagai wanita yang berada di kedudukan teratas sesebuah organisasi?




Jawapan kepada persoalan di atas amatlah subjektif. Namun ada beberapa buah buku motivasi yang menuliskan bahawa wanita hebat boleh dilihat dari sudut kesabarannya, senyuman dan mudah memaafkan. 

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan yang panjang dan menempuhi dugaan yang datang silih berganti tanpa mengeluh. 

Wanita hebat adalah mereka yang bersabar saat tertekan, tersenyum dikala hati menangis, diam saat terhina dan amat mempesona kerana memaafkan.


Kenali Personaliti Wanita Hebat


1. Aminah Binti Wahab Ibunda Rasulullah


Dialah Aminah binti Wahab. Ibunda Rasulullah Muhammad Saw yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah Swt memilihnya sebagai ibu seorang Rasul mulia dan nabi yang terakhir.

Seorang wanita berhati mulia yang merupakan pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal. Rasul yang bijak serta pembawa hidayah.


2. Khadijah binti Khuwailid Isteri Pertama Rasulullah


Ia adalah seorang janda dan saudagar yang kaya raya. Ia mempercayakan perniagaannya kepada Rasulullah Saw. Merupakan Isteri pertama Rasulullah. Wanita pertama yang mengimani Rasulullah ketika belum ada orang yang beriman. Seseorang yang rela mengeluarkan seluruh hartanya demi menegakkan kalimah tauhid. Yang setia menemani Rasulullah saat masa-masa sukar permulaan dakwah. Menjadi teman setia dikala kesulitan menghampiri Rasulullah. Ia juga menyelimuti Rasulullah ketika Rasulullah gementar dan menggigil ketika menerima wahyu pertama yang turun melalui malaikat Jibril. Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid.

Khadijah binti Khuwailid, umahatul mukminin. Ibunda orang-orang yang beriman. Seorang wanita yang memiliki tempat istimewa di hati Rasulullah. Hinggakan Aisyah Ra cemburu padanya:

“Aku tidak cemburu terhadap seorang dari isteri-isterinya seperti aku cemburu kepada Khadijah, meski aku tidak mengenalnya. Tetapi Nabi sering mengingatinya dan kadang-kadang ia menyembelih kambing, memotong-motongnya dan membagi-bagikannya kepada teman-teman Khadijah”. (HR. Al-Bukhari) 

3. Fatimah Az-Zahra binti Muhammad Saw


Seorang putri yang lahir dari rahim wanita terbaik iaitu Khadijah ra. Seorang anak dari rasul Allah iaitu Muhammad SAW. Seorang wanita yang sangat zuhud dengan kenikmatan duniawi. Digambarkan seperti dalam firman Allah yang berbunyi,

“Katakanlah, perhiasan dunia itu sedikit, dan akhirat lebih baik bagi orang yang bertakwa.” (Qs. An-Nisa: 77).

Dia juga yang menghibur Nabi saat kehilangan Khadijah. Ibu dari al-Mujtaba Hasan dan asy -Syahid Husein. Dialah Fatimah  Az-Zahra binti Muhammad Saw.


4. Aisyah binti Abu Bakar Siddiq Ra


Siapa yang tidak kenal dengannya? Beliau salah satu isteri kesayangan Rasulullah Saw. Satu hal yang menjadi kecintaan Rasulullah Saw iaitu kecerdasan dan keluasan wawasannya. Kecerdasan yang dimilikinya, akhirnya menjadikan beliau sebagai rujukan berbagai ilmu. Salah satunya sebagai perawi hadis. Dialah Aisyah Ra binti Abu Bakar Siddiq Ra.


Walaupun kita tidak mampu menjadi seperti mereka yang saya ceritakan di atas, wanita-wanita hebat ini memiliki personaliti yang amat istimewa antaranya pintar, beriman, tidak cintakan dunia semata-mata, kaya tetapi melaburkan kemewahan pada jalan Allah dan banyak lagi. Jadi, apa salahnya kita ambil ciri-ciri yang baik untuk menjadi seorang wanita istimewa dan hebat di mata Allah.  
Tag : Wanita
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
6 Komen untuk "Kenali Personaliti Wanita Hebat"

Assalamualaikum aynora, thanks sharing. Subhanallah, kagum baca.. semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Ilahi. nak jadi insan yang hebat untuk suami, keluarga dan masyarakat. in shaa Allah (",)

jom kita saling menyokong utk menjadi hebat..

Nice sharing... Kena usaha.lebih klu nk jadi hebat mcm mereka wpun rasa mcm mustahil kn..

in sha Allah Maria, kita lakukan yang terbaik

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top