Korean Drama Goddess Of Marriage

aynora nur | 21 April, 2014,3:48 PM |
Advertisement
Drama Korea Goddes of Marriage - Siri drama korea terbaru yang akan menggantikan Birth Secret yang telahpun tamat baru-baru ini. Drama Korea Goddess of Marriage adalah sebuah drama romantis yang berkisar tentang empat wanita terlibat dalam pelbagai peringkat cinta dan perkahwinan. Song Ji Hye mendapati dirinya terperangkap dalam cinta tiga segi, manakala Hong Hye Jung berjuang untuk merebut haknya sebagai menantu dari keluarga yang disegani, Song Ji Sun merupakan "supermom" yang mengawal suaminya yang agak lembut orangnya manakala Kwon Eun Hee menghadapi masalah dengan suaminya yang tidak setia.




Sebuah drama korea tentang empat orang wanita yang berada di dalam peringkat perkahwinan yang berbeza dan juga pandangan mereka tentang nilai dan falsafah sebuah perkahwinan. Sebuah drama yang penuh dengan konflik dan makna sebenar sesebuah perkahwinan. Semoga dengan menonton drama ini banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai tauladan.

Ringkasan watak dalam Goddess of Marriage


1. Song Ji Hye (Nam Sang Mi), seorang penulis radio yang agak tegas, mengimpikan cinta yang ideal tetapi mendapati dirinya terlibat dalam cinta tiga segi di antara dua lelaki yang baik, iaitu seorang arkitek Kim Hyun Woo (Lee Sang Woo) dan pendakwa Kang Tae Wook (Kim Ji Hoon).

2. Hong Hye Jung (Lee Tae Ran) pula seorang ibu kepada dua orang anak yang pernah bekerja sebagai pengacara televisyen. Beliau berkahwin dengan abang Tae Wook dan mesti menjaga penampilan dirinya demi menjaga reputasi sebagai menantu keluarga terkenal.

3. Song Ji Sun (Jo Min Soo) 
adalah kakak Ji Hye dan merupakan ibu kepada tiga orang anak yang mengawal/ berkuasa ke atas suaminya (Kwon Hae Hyo).

4. Kwon Eun Hee (Jang Young Nam) juga seorang isteri dan ibu yang tiba-tiba menyedari bahawa suaminya (Jang Hyun Sung) telah menipu dirinya.

Bagaimanakah reaksi keempat-empat wanita ini apabila berhadapan dengan pelbagai isu dalam kehidupan mereka?

Dibintangi oleh Nam Sang Mi,,  Lee Tae Ran, Jo Min Soo dan Jang Young Nam.

Waktu siaran: Setiap Isnin - Khamis, 7.40mlm, di saluran ONE HD.
Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Korean Drama Goddess Of Marriage"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top